Pages

Total Pageviews

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

27 March 2011

Welcome Back!


Assalamualaikum wbt..
Setelah sekian lama menyepi di bawa oleh arus PLKN yang entah kemana hala tujunya, kini sang pemuda yang bernama Muhammad Aiman bin Osman telah kembali untuk meneruskan saki-baki dan sisa-sisa perjuangannya dengan motif dan strategi mahupun penggunaan cara yang berbeza untuk menyampaikan mesej-mesej penting untuk kesejahteraan sejagat...

Memories of PLKN

Delta with M16

PK Jujur

Delta again?

Blok 7 Mate

Best Friends?

Me with Coachs

KN Mawar

The Best of Delta (Kawad)

Moden, universal dan kontemporari itulah pembaharuan yang akan di bawa ke alam Eksploitasi Minda kelas1 agar segala pengisian yang di'upload' senang diaplikasikan dan di muat turun oleh akal selaras dengan keadaan dunia yang semakin hari semakin memusnahkan dirinya...


23 Mac 2011 memberikan nafas baru kepada pemilik Ekxploitasi Minda untuk lebih menghargai kurniaan yang maha Esa di samping mengetahui kesilapan mahupun kekurangan diri untuk penambaikan setelah menerima keputusan SPM yang agak mendukacitakan tetapi mengembirakan kerana umumnya kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.






Hal yang demikian menjadi titik tolak kepada si penerima agar redha dan lebih berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup. Berbekalkan slip yang dianugerahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia itu, si penerima mula memohon mana-mana agensi mahupun badan-badan untuk melanjutkan pelajaran antaranya sistem UPU, Matrikulasi, TM, Asasi UMS, Maktab perguruan, SPA dan pelbagai lagi tapak-tapak pembinaan manusia zaman globalisasi di seluruh Malaysia.








Diharap para pembaca dapat memberikan sokongan serta mendoakan yang terbaik untuk saya...
Syukran Jazilan...

READ MORE- Welcome Back!

31 December 2010

Hakikat Seorang Muslim


Video yang disajikan untuk para muslim yang masih tidak mengetahui akan hakikatnya mereka itu bergelar 'muslim'.
Adakah gelaran itu pada nama?
atau pada tingkah laku?
atau sekadar lafaz 'aku muslim' ?
Sama-samalah kita hayati video pertama keluaran Eksploitasi Minda kelas1.
Taqaballahu minkum soleh al'amal.

Align Center

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Hakikat Seorang Muslim

19 December 2010

Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part3


Isnin, 6 Disember 2010

Hari ini suasananya sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Sungguh, indah sekali melihat matahari terbit melalui celah-celah cermin di kamarku. Tanda kebesaran Ilahi. Tanpa ku sedari, hari ini adalah hari terakhir pertemuanku dengan si dia sebagai seorang pelajar sebuah sekolah menengah. Sungguh, masa berlalu dengan cepat!

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(al-Asr 1-3)

Teringat sebuah novel berjudul 'Tasawuf Cinta' melalui madahnya, 'Masa akan berlalu dengan cepat jika engkau dalam keadaan bahagia tetapi masa akan berlalu amat lambat apabila engkau berada dalam keadaan resah lagi gelisah'.

Tepat pukul 3.30 pm aku bergegas beredar dari bilik peperiksaan yang memaparkan kertas 'Chemistry 3' yang dijadualkan bermula dari jam 2.00 pm itu. Lantas langkahku laju menuju ke medan selera sekolah seperti yang disepakati semalam.

Inah, esok ana nak jumpa Inah ya selepas paper chemistry. Boleh? Ada sesuatu yang ana ingin berikan kepada Inah. Ohya, pendrive ana jangan lupa bawa ya.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Erm, dimana nak berjumpa? Inah pun ada nak bagi 'something' kat anta.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Di kantin sajalah, lebih terbuka. Lagipun ana tidak mahu pertemuan itu dihadiri yang ke3, Faham-fahamlah ya. Okie, assalamualaikum wbt.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

InsyaAllah, waalaikumsalam wbt. Jangan lupa ingatkan Inah subuh esok akan pendrive anta tu, takut terlupa pula.

Ku akui, kami jarang mengutus 'sms' sudah kini. Hanya jika ada sesuatu yang mustahak yang memungkinkan penghantaran 'sms' tersebut, barulah kami ber'sms'. "Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita(bukan muhrim) kerana pihak ke3 adalah syaitan", bisik hatiku mengenai hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud itu.


Pertemuan kenangan

Jam terus berdetik tanpa mempedulikan ragam manusia yang berada di medan masanya kerana masa itu "ibarat pedang yang menghunus", sekali terlambat maka terpenggallah kepala dari badannya. Sudah 15 minit aku duduk di bangku kantin itu sambil membaca buku nukilan Zamri Mohammad yang akan ku hadiahkan padanya. Namun, angin tetap tidak membawa khabar gembira menunjukkan kehadiran dia, Wardhatul Sakinah.



Dalam keadaan separa sedar akibat dari kekhusyukan membaca buku, terdengar satu suara bergema di sudut sebuah dinding sambil diiringi hempasan buku ke atas meja. 'Siddiq'! katanya lantas menghulurkan sebuah buku yang kini tersimpan rapi di atas meja di dalam kamarku. Buku yang bergelar 'Acuan Minda' karya Prof Dr. Sidek Baba, dekan universiti yang menjadi sasaranku untuk melanjutkan pelajaran. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, itulah namanya.


Lalu buku itu ku selangi dengan sebuah buku ber'title' 'Magnet Cinta' yang sebenarnya mengisarkan tentang cara-cara untuk memikat kaum Adam dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Buku yang rasanya silap terbeli tapi amat berguna juga ilmunya buat para isteri ataupun 'bakal isteri'.

Pertemuan sesingkat 10 saat itu sangat bermakna bagiku. Walaupun ianya cuma saling memberi dan menerima seperti dalam sistem 'barter' yang diamalkan masyarakat dahulu. Tetapi ianya amat berharga, malahan tidak seharga 'The Pearl of the World' dalam literature English form5 yang menjadi rebutan masyarakat bangsawan tetapi ianya menjadi pengalaman yang menjadi rujukan masa akan datang.


Aku Lepaskan kamu kerana Allah!

Indahnya! Getusku ketika fikiranku menerawang ke alam maya, menjejaki kasih sejati untuk dilamar menjadi isteri. Sungguh! Aku memang sangat mencintainya tetapi cintaku padaNya lebih ku utamakan darinya. Maka, kerana cinta untuk mendapatkan CINTA sebenar itu, aku pergi dari sisinya. Umpama seekor burung yang sekian lama hidup di dalam sangkar emas yang akhirnya pergi meninggalkan sangkar yang bertindak untuk memeliharanya tetapi atas keinginan yang tinggi untuk mencari Cinta Ilahi, burung itu pergi juga dari sangkarnya itu.

Memang benar, aku dan dia mampu! Tetapi kerana kemampuan itulah aku takut kami tersasar dari sasaran utama. Kini, telah ku lepaskan dia kerana Allah. Biarlah Allah yang memeliharanya, menjaganya dan memerhatinya kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui dari hambanya yang hina ini.



...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(al-Baqarah 216)

Kini, sebulan telah berlalu semenjak burung itu belajar terbang kembali. Tapi tidak bererti ia tidak akan kembali. Jika diizinkanNya, burung itu pasti kembali ke sangkar emasnya. Dan bila masa itu tiba, ianya giliran si burung pula untuk menjaga sangkarnya. Akan tetapi menjaga sangkar itu amat sukar melainkan dengan ilmu yang ada didada. Teringat bait-bait 'sms' terakhir antara kami;

Assalamualaikum wbt, Inah. Inah rasa hubungan kita ini masih dalam keredhaanNya? Bukan kenapa, ana takut Inah. Memang benar kita telah berjaya mengelakkan zina couple, tetapi antara kita tetap ada kasih yang bermadu. Inah, ana tidak mahu nodai hubungan ini.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Waalaikumsalam wbt. Maafkan Inah ya anta? Inah ingat anta mampu untuk megawal perasaan anta sendiri. Inah tidak sangka jadi begini. Inah tidak sesekali ingin menjadi batu penghalang cinta anta kepadaNya? Maaf.

. . . . .

Inah, sejujurnya ana memang mampu dan setiap hari bermujahadah untuk mengawal perasaan itu. Tapi, tetap ana rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hubungan kita ini. Seakan hubungan ini telah tersasar dari jalanNya. Jujur, ana cintakan Inah tapi kerana cinta itulah ana tidak ingin hubungan ini dicemari dosa. Ana nak jaga hubungan ini walaupun ana terpaksa melepaskan Inah.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Anta, hanya ada satu caranya, anta padamkan number Inah di telefon bimbit dan jangan pernah sms Inah mahupun 'call me'. Ya, anta?

. . . . .

Tapi, Inah... Inah tunggu ana ya? Ana cuma pergi untuk sementara sahaja, insyaAllah. Number tu biarlah ana simpan k? Selamat tinggal cinta, aku lepaskan kamu keranaNya.


Sambil tersenyum aku menyelak halaman pertama buku 'Acuan Minda';

"Penunggang kuda yang tidak cekap adalah umpama manusia yang bodoh, kurang kebijaksanaan dan tumpul pemikirannya. Melawannya kuda itu seperti kerasnya nafsu manusia dan liarnya kuda itu adalah seperti buasnya kemarahan.

Wahai jundullah berdirilah di atas medan globalisasi ini. Biar rebah jangan berubah! Teruskan perjuanganmu, kerana itulah maharmu ke syurga Allah swt."

-Wardhatul Sakinah-




Permata yang dicari


Semoga engkau permata yang ku cari wahai Wardhatul Sakinah.



SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part3

22 September 2010

Solat Seorang Ansar


Sekadar untuk tontonan . . .


Diriwayatkan . . .

Semasa Nabi saw pulang daripada satu Ghazwah (peperangan yang disertai Baginda), Baginda telah berhenti di suatu tempat pada waktu malam. Baginda saw telah bertanya, "Siapakah yang akan berjaga dan berkawal pada malam ini?"

seorang sahabat Muhajir, Hazrat 'Ammar bin Yasir r.anhuma dan seorang sahabat Ansar Hazrat 'Abbad bin Bishir r.anhuma telah menawarkan diri, "Kami berdua akan berkawal".

Rasulullah saw mengarahkan mereka berdua supaya berkawal di satu bukit kerana musuh mungkin akan datang dari arah itu. Mereka berdua pun pergi ke sana.

Apabila tiba di sana, Hazrat 'Abbad telah berkata kepada Hazrat 'Ammar, "Kita bahagikan malam kepada dua bahagian, satu bahagian kamu tidur dan saya berjaga sementara satu bahagian lagi kamu berjaga dan saya pula tidur. Sekiranya kedua-dua kita berjaga sepanjang malam mungkin kedua-dua kita akan dikuasai mengantuk dan terus tertidur. jika ada apa-apa bahaya yang disedari oleh orang yang berjaga, dia perlu mengejutkan kawannya dengan segera."

Bahagian malam yang pertama jatuh pada giliran Hazrat 'Abbad untuk berjaga sementara Hazrat 'Ammar telah pergi tidur. Hazrat 'Abbad pun memulakan solat. Seorang lelaki daripada pihak musuh telah datang dan dia melihat dari jauh seseorang sedang berdiri lalu dia memanahnya. Apabila dia melihat orang itu tidak pun bergerak, dia memanah untuk kali kedua dan ketiga. Setiap anak panah menebusi badan Hazrat 'Abbad dan beliau mencabut satu demi satu dengan tangannya dan membuang anak panah itu. Kemudian beliau dengan tenang telah rukuk dan sujud. Selepas menyempurnakan solatnya barulah beliau mengejutkan kawannya.

Apabila musuh melihat bahawa di samping hazrat 'Abbad ada orang kedua maka dia telah lari dengan anggapan mungkin ada ramai lagi orang. Apabila kawannya bangun dan melihat pada badan Hazrat 'Abbad terdapat tiga tempat yang sedang mengalir darah maka beliau pun berkata, "Subhanallah", kenapa engkau tidak mengejutkan kau sejak awal-awal lagi?"

Hazrat 'Abbad pun menjawab, "Saya telah memulakan bacaan satu surah (al-Kahfi), hati saya tidak ingin untuk rukuk sebelum menamatkan surah itu. Walaupun demikian, saya terfikir, mungkin saya akan mati dipanah berkali-kali sedangkan tugas mengawal yang diberikan oleh Rasulullah saw tidak akn tercapai. Sekiranya saya tidak berfikir demikian saya rela mati dengan tidak melakukan rukuk dan sujud sebelum surah itu ditamatkan.

Renungan ! ! !

Inilah solat yang merka dirikan dan keseronokan yang mereka rasai dalam menunaikan solat. Panah demi panah menusuk pada badan serta darah mengalir mencurah-curah, tidak sedikitpun mengurangkan kekhusyukan mereka solat mereka. Sebaliknya lihatlah keadaan solat pada hari ini. Hanya gigitan nyamuk sudah cukup untuk menghilangkan tumpuan kita terhadap solat. Apatah lagi jika disengat tebuan.

Attention ! ! !

Di sini ada satu perselisihan pendapat tentang persoalan fikah. Pada pendapat Imam Abu Hanifah rah. wuduk akan batal sekiranya darah keluar dari badan tetapi pada pendapat Iman Syafei rah. wuduk tidak batal. Mungkin itulah pendapat yang dipegang oleh para sahabat tersebut. Ataupun masalah itu belum dikaji lagi kerana Rasulullah saw belum datang melihat mereka ataupun sehingga peristiwa itu berlaku belum ada hukum tentang perkara itu.


READ MORE- Solat Seorang Ansar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...