Pages

Total Pageviews

10 July 2011

Tragedi 9 Julai 2011 menjadi SEJARAH!



BERSIH?

FRU?
BN?
Patriot?
Polis?

Sedikit akhbar mengenai 9 Julai 2011;

1. "Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4276-bersih-20-hanya-mukadimah-abdul-hadi

2. 924 pengacau ditahan

-Anwar, Hadi, Ambiga, KJ, Mat Sabu ditahan

-Perusuh guna senjata, batu lawan polis
-BERSIH mara dari pelbagai arah
-Perniagaan, pengangkutan awam terjejas

KUALA LUMPUR: Dua belas pemimpin BERSIH dan Himpunan Patriot (PATRIOT) ditahan bersama 924 orang kerana menyertai perhimpunan haram di beberapa lokasi sekitar ibu kota sehingga jam 4 petang, semalam.

Antara yang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Mohamad Sabu dan dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, selain dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Naib Presidennya, Fuziah Salleh, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar dan adiknya, Nurul Iman.

Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi PATRIOT, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi bersama kumpulan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim turut ditahan ketika berarak dari Bukit Bintang ke Stadium Merdeka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KLtegang/Article/

3. KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4280-banyak-perlu-diperbaiki-ekoran-bersih-20-timb-menteri

4. KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita.

Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!"

Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk berhimpun dengan aman kerana perhimpunan kita ini dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman," ucap Hatta dengan disambut gema suara orang ramai di sisi sekatan pihak polis untuk ke pintu stadium.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4275-bersih-berjaya-capai-matlamat-dr-hatta

5. KUALA LUMPUR, 9 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat amat kecewa dengan kenyataan provokasi Utusan Malaysia yang amat jelas bertentangan dengan etika kewartawanan apatah lagi bertentangan dengan prinsip Islam yang senantiasa menggalakkan persaudaraan dan bukannya permusuhan.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Razali yang memetik firman Allah yang bermaksud: Syaitan itu hanya mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian, melahirkan rasa dukacita apabila akhbar Utusan yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Umno BN sanggup membuat provokasi yang tidak bertanggungjawab dan mengapi-apikan permusuhan dengan meletakkan tajuk utama hari ini dengan tajuk ‘KL darurat hari ini? Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis’.

“Di mana etika kewartawanan anda?”

“Ungkapan ini merupakan satu provokasi dan tuduhan yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau mengingatkan mereka bahawa apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT.

Katanya, wartawam jangan menjadi sebahagian lidah fitnah di akhir zaman kerana mereka sepatutnya menjadi lidah agama dan keadilan rakyat dan bukannya lidah individu tertentu.

Akhbar, ujar beliau sepatutnya menjadi jurubicara perpaduan ummah dengan berita yang adil dan menyumbang kepada perpaduan bukannya menyumbang kepada perpecahan dan permusuhan....

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4269-darurat-dewan-ulamak-pas-kecam-utusan-

7. KUALA LUMPUR 9 Julai – Langkah pencegahan awal yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan usaha penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berarak dan berhimpun secara haram di ibu negara hari ini.

Langkah polis membuat sekatan jalan raya selain menutup laluan utama menuju ke Kuala Lumpur membolehkan keadaan di ibu negara terkawal meskipun peserta perhimpunan haram terus berdegil dengan cuba merempuh sekatan polis untuk meneruskan perarakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

8. KUALA LUMPUR 9 Julai - Penglibatan pemimpin pembangkang yang membawa agenda 'reformasi' semasa menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara jelas memesongkan tujuan utama perhimpunan itu diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda yang dilaungkan itu dilihat lebih menonjol berbanding apa yang disuarakan mereka mengenai tuntutan Bersih sebelum ini.

''Dalam insiden yang berlaku, jelas kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran. Penganjur perhimpunan hilang peranannya dan gagal mengawal keadaan.

''Bukan lagi soal SPR yang timbul tetapi sebaliknya penglibatan pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

''Mereka terus menerus melaungkan reformasi dan mencetuskan kacau ganggu. Perhimpunan ini ternyata hilang arah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang telah tercetus,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Apa pandangan anda? Utarakan di ruangan komen dibawah. Segala cadangan, harapan, dan komen anda amat dihargai. Siapa yang BENAR dan siapa yang SALAH? Salurkan ketidakpuasan hati anda!



32 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...