Pages

Total Pageviews

Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah. Show all posts

14 November 2010

Maafkan dalam berJihad!

Abdullah bin Mas'ud;
"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu akan beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal."
Katanya lagi;
"Tiada yang lebih layak dipenjara lebih lama daripada lidah."

Maafkan Aku!
Firman Allah swt;
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."(al-Hujurat: 10)



Maaf didefinisikan sebagai pembebasan drpd sebarang tuntutan kesalahan(Kamus Dewan edisi keII) dan kerelaan melepaskan atau membebas­kan seseorang drpd hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan(Kamus Dewan edisi keIV).

Para ulama telah menegaskan, "Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan."

Perkataan 'maaf' itu sendiri mempunyai makna yang amat mendalam dimana daripadanya akan munculnya kedamaian dan tersambungnya kembali silaturrahim yang terputus akibat perbuatan yang disengajakan mahupun sebaliknya. Ambillah pengajaran dari kisah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad saw, penaklukan kembali Baitul Maqdis oleh Salahuddin al-Ayubi terhadap tentera salib dan penaklukan Konstantinopel(Istanbul) oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Semua penduduk yang tidak berdosa tidak ditawani malah dilepaskan dengan bayaran pembebasan diri sahaja. Padahal sekian lama mereka menindas orang Islam. Islam itu kan indah.

Allah berfirman;
...“Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”...(ash-Syura: 13)

Sehubungan dengan itu, kemaafan itu amat besar nilainya disisi Allah dan Islam. Bayangkan jika Allah itu tidak Maha Pemaaf, adakah terdapat belas kasihanNya terhadap hambanya yang yang melakukan dosa? Setiap manusia itu umumnya melakukan kesalahan dalam sedar mahupun tidak sedar. Tidakkah semua hambaNya itu akan dicampak ke neraka? Ingatlah Allah itu Maha Pemaaf dan mempunyai nama-nama yang baik dan kita seharusnya mengamalkan nilai 'memaafkan' dan 'meminta maaf' agar kita tidak berpecah belah.

Coretanku buatmu sahabat!
Assalamualaikum wbt. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon keampunan dan kemaafan atas kesilapan diri yang sentiasa melakukan kesilapan. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna walaupun ia sebaik-baik ciptaan TuhanNya. Sesungguhnya di dalam berjihad menuntut ilmu itu banyak pergaulan yang terlebih, kata-kata yang berhambur ejekan tetapi sungguh ia bukan makian. Rasulullah sendiri pernah memanggil Anas bin Malik, 'manusia yang bertelinga dua'. Tidak lupa perbuatan-perbuatan yang menyakitkan dan yang mendukacitakan. Ingatlah sahabat, dengan kesilapan itulah hubungan kita dengan manusia dan Allah semakin bertambah erat. Hablu minAllah, hablu minannas. 'Khilaf itu adalah rahmat'.



Sabda Nabi
Dari Ummu kaltsum binti Uqbah bin Mua'ayath ra, ia berkata, saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda;
"Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan diantara manusia sehingga ia harus mengatakan kebaikan."(Sahih al-Bukhari, 2692. Sahih Muslim, 2605)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ada tambahannya;
...Ummu Kaltsum berkata,"saya tidak pernah mendengar beliau membolehkan orang berkata dusta kecuali dalam 3 hal, yaitu dalam peperangan, mendamaikan orang yang bersengketa dan menceritakan keadaan isteri atau suaminya."

Takrif Jihad
Bahasa: Usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada.
Istilah: Usaha yang dilakukan oleh orang Islam dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan agama Allah swt.

Nabi Muhammad saw bersabda;
"Darjat manusia yang terdekat dengan nubuwwah ialah orang yang ahli ilmu dan jihad. Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para rasul. Adapun ahli jihad mempertahankan apa yang dibawa oleh para rasul dengan pedangnya."(al-Zahabi Syiar A'alam al-Nubalar, jil. 18 hlm. 524)

Jihad terbahagi kepada 4 menurut sukatan buku teks Pendidikan Islam SPM antaranya berjihad membaiki diri dengan cara;
  • menuntut ilmu pengetahuan
  • patuh pada ajaran Allah swt
  • menyebarkan ilmu
  • sabar dan ikhlas dalam melakukan kebaikan
Firman Allah swt;
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Surah at-Taubah: 20)



Sesungguhnya aku berjihad di dalam SPMku bermula 23 November 2010 - 20 Disember 2010 keranaMu ya Allah. Engkau berikanlah kekuatan ingatan kepadaku, ketenangan yang berisi ilmu yang tinggi, kemudahan menjawab soalan dengan lengkap dan betul dan berilah petunjukMu kepadaku agar aku berjaya di dalam medan pertempuranku ini. Jihad Fisabilillah! Sungguh, rahmatMu Maha Luas, maka berikanlah juga kelebihan-kelebihan itu kepada sahabat-sahabatku. Sesungguhnya Engkaulah penolong bagi orang Islam dan Engkaulah sebaik-baik penolong.



Coretan kisah para sahabat...
Berkata Huzaifah al-Adawi; "Pada hari peperangan Yarmuk, aku mencari sepupuku dengan membawa sedikit air dan aku ingin memberikannya air itu sekiranya dia masih hidup. Lalu aku menemuinya yang dalam keadaan nazak. Aku bertanya kepadanya, 'adakah kamu mahu air ini?' Dia mengisyaratkan dengan kepalanya tanda mahu. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang sedang mengerang kesakitan. Sepupuku memberi isyarat agar aku segera pergi kepada lelaki itu terlebih dahulu.
"Aku meluru kepadanya dan mendapati beliau ialah Hisyam bin al'As. Aku bertanya kepadanya, 'adakah kamu mahu air ini?' Dia juga mengisyaratkan mahu. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang lain mengerang kesakitan. Hisyam pula memberi isyarat agar aku pergi kepada lelaki itu. Apabila aku datang kepadanya(lelaki ke-3) aku dapati dia telah meninggal dunia. Lalu aku kembali kepada Hisyam dan mendapati dia telah meninggal dunia. Kemudian aku kembali kepada sepupuku, dan mendapati dia juga telah meninggal dunia."Masya Allah!

Hebatnya ukhuwah bila berlandaskan iman yang merupakan asas kepada teras aqidah dan martabat tertinggi dalam Islam. Sahabat, maafkan aku di dalam berjihad! Taqaballahu minna wa minkum soleh al-a'mal.

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Maafkan dalam berJihad!

07 November 2010

Ukhwah Fillah!



Indahnya ukhwah bila bersandarkan dan dilafazkan dengan lafaz lillahi taala. Mengalahkan indahnya percintaan antara seorang lelaki dan perempuan yang berlandaskan nafsu semata-mata. Rindunya melebihi rindu orang yang dilamun cinta, sayangnya melebihi kasih sayang si hangat bercinta dan yang paling penting ia bersumberkan daripada kaca mata iman dan Islam.

Apa maknanya?
Dari segi bahasa :
berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah :
Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)
Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .




Ukwah juga dapat di samaertikan dengan kata 'persaudaraan' dan kata 'fraterniti'. Betapa kuatnya impak 'Islam itu indah' sehingga sesiapa yang berada di dalamnya akan merasa keindahannya. Kerja yang berat dapat dipermudahkan dan tidak ada perkataan 'saya putuskan hubungan dengan kamu' di hujungnya. Ianya kerana ukhwah tidak berpenghujung...






Apa kata Rasulullah saw?

“Dari Annas bin Malik, Rasulullah bersabda ; Tidak sempurna iman seseorang salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya…”
Sedangkan Rasulullah saw sendiri menukilkan kesempurnaan iman itu tidak akan dapat dicapai sehingga seseorang itu tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya.

Rasulullah berkata lagi;

Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.


Ulama pula?
“As-Shahid Imam Hassan Al-Banna menjadikan ia salah satu rukun bai’aa"
Menurutnya lagi;
Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.





Imam Ghazali mengkotegorikan ukhwah pada 4 perkara;
1- Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya.

2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu.
3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.



Allah berfirman;
Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )

Pesanan dari Penulis!
“Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat. Yakin pada Yang Maha Esa, sama-samalah teruskan perjuangan menempuh onak duri dunia hakiki.”(Dipetik dari http://raudhatuljannah-mujahidah.blogspot.com/2008/11/indahnya-ukhwah-fillah.html)

Ukhuwah yang terjalin di PERPIS Camp 2010(6 Nov)!

Alumnai + Senior PERPIS 2010!










Pelapis PERPIS; Dari kiri Sofian, Azree, Fareez dan Hashemi..



Barisan PERPIS SMK Tebobon sesi 2010!



Ukhwah itu indah!
Dari kiri Azreen, Azmeer, Syafieq, Zainald dan Aiman...



Ana bersama saudara Hannafi Muktah! Mantan Amir 2009...



Barisan Panel Hakim yang tidak tahu menghakimi!
Dari kiri; Suhaila, Aiman, Azmeer dan Azreen...

Buat sahabatku, Aku SAYANG Kamu! Lillahi Taala...
Disini ana memohon keampunan dan maaf kepada antum semua sekiranya di dalam kita berukhwah mungkin ada yang terguris mahupun terhiris dengan kata-kata ataupun tindakan ana. SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

Hayatilah ukhwah kami!
READ MORE- Ukhwah Fillah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...