Pages

Total Pageviews

27 October 2010

Jahililiah Klasik VS Jahiliah Moden




Definisi + Takrif

Perkataan 'jahiliah' berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, 'jahala' yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.(Dipetik daripada buku teks Sejarah Tingkatan 4, Bab 4, halaman 99)

Siapa dan bila?

Masyarakat yang diiktiraf dengan nama 'jahiliah' ialah masyarakat Arab yang hidup di Semenanjung Tanah Arab. Bermula dari selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad saw(300 M - 610 M). (Adaptasi daripada buku teks Sejarah Tingkatan 4, Bab 4, halaman 99-100)

Jahiliah Klasik VS Jahiliah Moden

Mengapa Klasik?
  • Ringkasnya, kerana ia berlaku pada zaman lampau, iaitu 300 M - 610 M.
Mengapa Moden?
  • Ini kerana, masyarakat pada zaman ini telah melalui pelbagai arus pemodenan dan berada di dalam era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.
Perbezaan Ilmu

Jahiliah Klasik - Masyarakatnya tidak berilmu atau tidak tahu seperti dalam takrifan jahiliah diatas. Ini kerana Islam baru turun pada ketika itu pada mereka. Tetapi ada sebilangan dari mereka menganut agama Nabi Ibrahim, iaitu agama Hanif(Menyembah Allah yang Maha Esa).
Jahiliah Moden - Masyarakatnya telah tahu mengenai Islam malah sebelum mereka, lahir ramai para mujahid Islam. Ini bermaksud, mereka tahu tetapi pura-pura tidak tahu. Adakah masyarakat ini boleh dikategorikan 'kufur'?(Kufur bermaksud golongan yang tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. Dipetik dari buku Target Pro SPM Pendidikan Islam). Kufur terbahagi kepada dua iaitu kufur nikmat(mengingkari Allah swt sebagai pemberi nikmat kepada manusia) dan kufur hakikat(tidak percaya dengan rukun iman dan ingkar dengan syariat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw). Jawapannya, anda nilailah sendiri . . .

Kedudukan bayi

Jahiliah klasik - "Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan(Sumber, al-Quran Surah al-Nahl : 58-59 -terjemahan).
Jahiliah Moden - Bayi tidak kira lelaki atau perempuan dibuang, dibakar, disumbat di dalam lubang tandas, di lempar ke tong sampah dan bermacam-macam lagi perkara zalim dialkukan kerana tidak sanggup menanggung malu atas perlakuan zina yang mereka lakukan. Oran selalu berkata, kasih sayang ibu lebih tinggi daripada kasih sayang seorang bapa tetapi wajarkah si ibu membuang si anak?



Semangat perkauman

Jahiliah Klasik - Semangat itu digelar semangat assabiah iaitu semangat kesukuan yang melampau pada kabilah mereka. Antara kesan dari semangat ini ialah peperangan al-Basus iaitu di antara Bani Taghlib dan Bani Bakar yang memakan masa selama 40 tahun.
Jahiliah Moden - Walaupun tidak memakan masa yang begitu lama seperti Jahiliah Klasik tetapi ia sering berlaku dan selalu ia hanya diakibatkan oleh perkara yang kecil. Ia tidak menyebabkan peperangan tetapi hanya menyebabkan pergaduhan dan rusuhan. Kadangkala perkara sebegini berlaku hanya disebabkan mulut yang tidak dapat menahan daripada melemparkan kata-kata kesat. Baru-baru ini, hanya disebabkan 'Facebook' berpuluh-puluh orang membelasah seorang lelaki sehingga mati.

Dosa-dosa yang dilakukan/Rutin harian

Jahiliah Klasik - Mereka mengamalkan minum arak, berjudi, berzina, riba dan penindasan. Mengikut fahaman mereka, seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk, menunjukkan bahawa mereka telah sempurna sebagai lelaki.
Jahiliah Moden - Tanpa disangka-sangka yang berilmu boleh melakukan perkara yang mengundang dosa-dosa besar lebih daripada yang tidak berilmu. Kita boleh lihat sekarang berapa ramai yang tahu kewajipan menutup aurat tetapi tidak menutupnya. Ada juga antara mereka yang berkata 'Saya tidak mahu dikatakan manusia yang hipokrit' padahal itu adalah kewajipan dan ia harus dilaksanakan samaada mahu atau tidak. Masalah yang paling besar membelenggu umat hari ini adalah zina dan 'yang sewaktu dengannya' terutama pada golongan remaja.Rasulullah bersabda ;
"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia."
Amalan seperti riba kembali digunapakai seperti pada pinjaman Bank, meminum arak tanpa segan dikhalayak umum, berjudi dan pelbagai lagi kemungkaran. Anehnya, mereka tahu tapi buat! Persoalannya, lazatkah maksiat?

Harga Wanita

Jahiliah Klasik - Pada zaman ini, masyarakatnya bebas memilih wanita mana yang disukai kerana harga diri wanita pada zaman itu amat rendah. Bayangkanlah, kerana anak yang dilahirkan perempuan, mereka malu sehingga merah muka. Lelaki bermaharajalela dengan nafsu syahwat mereka.
Jahiliah Moden - Pada zaman ini pula, kaum-kaum wanita telah di'upgrade'kan harga diri mereka ke tahap yang sungguh tinggi oleh Rasulullah saw sejak kedatangan Islam. Malangnya, kaum Hawa ini pula yang merendahkannya kembali. Pemakaian mereka dari tertutup kini telah dibuka secara perlahan-lahan. Pelbagai agensi pelacuran berleluasa di setiap ibukota. Betul! Ada antara mereka yang ditipu dan dipaksa tetapi berapa ramai lagi yang melakukannya secara sukarela demi untuk mendapatkan pulangan duit yang lumayan dalam masa yang singkat. Lihat saja remaja kini, berapa ramai yang memakai tudung sebetulnya, berapa ramai yang memakai tudung tanpa ilmu dan berapa ramai yang meninggalkannya?



Akhlak

Jahiliah Klasik - Almaklumlah akhlak mereka buruk. Kita boleh lihat si Kaya menindas si Miskin, si Penjual menindas si Pembeli. Lihat saja betapa peritnya penyeksaan bangsa-bangsa yang tidak mengetahui ini pada golongan Islam seperti Sumaiyah, Bilal dan sahabat-sahabat lain. Tapi, mereka sebenarnya tidak tahu! Disebabkan itulah Allah swt mengutuskan rasulNya, Muhammad saw untuk memberitahu.
Jahiliah Moden - Nauzubillah. George Santayana menukilkan bahawa "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it". Betullah ungkapannya, jika tidak mengapa kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah dalam SPM mata pelajaran wajib lulus pada tahun 2013. Ini kerana, ramai diantara umat kini yang telah dan akan mengulangi kembali sejarah dahulu. Lihat saja akhlak muda-mudi kini, sikit-sikit menghamburkan makian. Malah di MRSM sendiri aktiviti pencurian berleluasa. Mengapa? Kerana mereka hanya membaca sejarah tapi tidak mengambil pelajaran darinya. Jahilnya manusia!

Kesimpulannya,
Adakah kita kini sudah setaraf dengan dengan masyarakat Jahiliah dulu ATAU kita lebih teruk dari mereka? Jika ya, maka berusaha untuk menjauhi sifat-sifat dan amalan jahiliah yang kini bertahta di hati dan sanubari kita kerana,
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing"

Allah berfirman;
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.(Surah ali-Imran;90-91)

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

26 comments:

  1. assalamualaikum.

    saudara, POKOK tu! dari mane dapat ye? alhamdulillah, dah setahun lebih tak berblog, still Allah bagi peluang saham akhirat dengan pokok x seberape tu berpusing2 sekitar internet ni.. teruskan perjuangan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...