Pages

Total Pageviews

19 December 2010

Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part3


Isnin, 6 Disember 2010

Hari ini suasananya sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Sungguh, indah sekali melihat matahari terbit melalui celah-celah cermin di kamarku. Tanda kebesaran Ilahi. Tanpa ku sedari, hari ini adalah hari terakhir pertemuanku dengan si dia sebagai seorang pelajar sebuah sekolah menengah. Sungguh, masa berlalu dengan cepat!

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(al-Asr 1-3)

Teringat sebuah novel berjudul 'Tasawuf Cinta' melalui madahnya, 'Masa akan berlalu dengan cepat jika engkau dalam keadaan bahagia tetapi masa akan berlalu amat lambat apabila engkau berada dalam keadaan resah lagi gelisah'.

Tepat pukul 3.30 pm aku bergegas beredar dari bilik peperiksaan yang memaparkan kertas 'Chemistry 3' yang dijadualkan bermula dari jam 2.00 pm itu. Lantas langkahku laju menuju ke medan selera sekolah seperti yang disepakati semalam.

Inah, esok ana nak jumpa Inah ya selepas paper chemistry. Boleh? Ada sesuatu yang ana ingin berikan kepada Inah. Ohya, pendrive ana jangan lupa bawa ya.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Erm, dimana nak berjumpa? Inah pun ada nak bagi 'something' kat anta.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Di kantin sajalah, lebih terbuka. Lagipun ana tidak mahu pertemuan itu dihadiri yang ke3, Faham-fahamlah ya. Okie, assalamualaikum wbt.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

InsyaAllah, waalaikumsalam wbt. Jangan lupa ingatkan Inah subuh esok akan pendrive anta tu, takut terlupa pula.

Ku akui, kami jarang mengutus 'sms' sudah kini. Hanya jika ada sesuatu yang mustahak yang memungkinkan penghantaran 'sms' tersebut, barulah kami ber'sms'. "Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita(bukan muhrim) kerana pihak ke3 adalah syaitan", bisik hatiku mengenai hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud itu.


Pertemuan kenangan

Jam terus berdetik tanpa mempedulikan ragam manusia yang berada di medan masanya kerana masa itu "ibarat pedang yang menghunus", sekali terlambat maka terpenggallah kepala dari badannya. Sudah 15 minit aku duduk di bangku kantin itu sambil membaca buku nukilan Zamri Mohammad yang akan ku hadiahkan padanya. Namun, angin tetap tidak membawa khabar gembira menunjukkan kehadiran dia, Wardhatul Sakinah.



Dalam keadaan separa sedar akibat dari kekhusyukan membaca buku, terdengar satu suara bergema di sudut sebuah dinding sambil diiringi hempasan buku ke atas meja. 'Siddiq'! katanya lantas menghulurkan sebuah buku yang kini tersimpan rapi di atas meja di dalam kamarku. Buku yang bergelar 'Acuan Minda' karya Prof Dr. Sidek Baba, dekan universiti yang menjadi sasaranku untuk melanjutkan pelajaran. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, itulah namanya.


Lalu buku itu ku selangi dengan sebuah buku ber'title' 'Magnet Cinta' yang sebenarnya mengisarkan tentang cara-cara untuk memikat kaum Adam dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Buku yang rasanya silap terbeli tapi amat berguna juga ilmunya buat para isteri ataupun 'bakal isteri'.

Pertemuan sesingkat 10 saat itu sangat bermakna bagiku. Walaupun ianya cuma saling memberi dan menerima seperti dalam sistem 'barter' yang diamalkan masyarakat dahulu. Tetapi ianya amat berharga, malahan tidak seharga 'The Pearl of the World' dalam literature English form5 yang menjadi rebutan masyarakat bangsawan tetapi ianya menjadi pengalaman yang menjadi rujukan masa akan datang.


Aku Lepaskan kamu kerana Allah!

Indahnya! Getusku ketika fikiranku menerawang ke alam maya, menjejaki kasih sejati untuk dilamar menjadi isteri. Sungguh! Aku memang sangat mencintainya tetapi cintaku padaNya lebih ku utamakan darinya. Maka, kerana cinta untuk mendapatkan CINTA sebenar itu, aku pergi dari sisinya. Umpama seekor burung yang sekian lama hidup di dalam sangkar emas yang akhirnya pergi meninggalkan sangkar yang bertindak untuk memeliharanya tetapi atas keinginan yang tinggi untuk mencari Cinta Ilahi, burung itu pergi juga dari sangkarnya itu.

Memang benar, aku dan dia mampu! Tetapi kerana kemampuan itulah aku takut kami tersasar dari sasaran utama. Kini, telah ku lepaskan dia kerana Allah. Biarlah Allah yang memeliharanya, menjaganya dan memerhatinya kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui dari hambanya yang hina ini.



...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(al-Baqarah 216)

Kini, sebulan telah berlalu semenjak burung itu belajar terbang kembali. Tapi tidak bererti ia tidak akan kembali. Jika diizinkanNya, burung itu pasti kembali ke sangkar emasnya. Dan bila masa itu tiba, ianya giliran si burung pula untuk menjaga sangkarnya. Akan tetapi menjaga sangkar itu amat sukar melainkan dengan ilmu yang ada didada. Teringat bait-bait 'sms' terakhir antara kami;

Assalamualaikum wbt, Inah. Inah rasa hubungan kita ini masih dalam keredhaanNya? Bukan kenapa, ana takut Inah. Memang benar kita telah berjaya mengelakkan zina couple, tetapi antara kita tetap ada kasih yang bermadu. Inah, ana tidak mahu nodai hubungan ini.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Waalaikumsalam wbt. Maafkan Inah ya anta? Inah ingat anta mampu untuk megawal perasaan anta sendiri. Inah tidak sangka jadi begini. Inah tidak sesekali ingin menjadi batu penghalang cinta anta kepadaNya? Maaf.

. . . . .

Inah, sejujurnya ana memang mampu dan setiap hari bermujahadah untuk mengawal perasaan itu. Tapi, tetap ana rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hubungan kita ini. Seakan hubungan ini telah tersasar dari jalanNya. Jujur, ana cintakan Inah tapi kerana cinta itulah ana tidak ingin hubungan ini dicemari dosa. Ana nak jaga hubungan ini walaupun ana terpaksa melepaskan Inah.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Anta, hanya ada satu caranya, anta padamkan number Inah di telefon bimbit dan jangan pernah sms Inah mahupun 'call me'. Ya, anta?

. . . . .

Tapi, Inah... Inah tunggu ana ya? Ana cuma pergi untuk sementara sahaja, insyaAllah. Number tu biarlah ana simpan k? Selamat tinggal cinta, aku lepaskan kamu keranaNya.


Sambil tersenyum aku menyelak halaman pertama buku 'Acuan Minda';

"Penunggang kuda yang tidak cekap adalah umpama manusia yang bodoh, kurang kebijaksanaan dan tumpul pemikirannya. Melawannya kuda itu seperti kerasnya nafsu manusia dan liarnya kuda itu adalah seperti buasnya kemarahan.

Wahai jundullah berdirilah di atas medan globalisasi ini. Biar rebah jangan berubah! Teruskan perjuanganmu, kerana itulah maharmu ke syurga Allah swt."

-Wardhatul Sakinah-




Permata yang dicari


Semoga engkau permata yang ku cari wahai Wardhatul Sakinah.



SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

12 comments:

  1. Masih tetapi belum tahu lagi apa sambungannya kerana ia adapatasi dari cerita sebenar yang dialami oleh seorang daie..

    ReplyDelete
  2. ingatkan dah habis.... ending dia ok juga begini.. tahniah, akh..best!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..dtg lg...bez r..berkobar kobar nak tunggu ending...ape agaknyer yg berlaku di luar sane??bg insan insan yg kurang paham bab cinta ek..

    ReplyDelete
  4. Buat sementara inilah endingnya.. Kerana bukan mudah dan bukan sekejap burung itu pergi merantau mencari keredhaanNya.. Terima kasih kerana setia menanti..

    ReplyDelete
  5. salam..tahniah buat sang penukil..ana suka kisah cinta itu mengikut batas islami..terima kasih kerana banyak daripada kata2 yg tercoret memberi semangat kepada ana untuk terus bermujahadah demi kerana cinta kepadaNya walaupun diri ini mendambakan cinta manusiawi..

    ReplyDelete
  6. Bagus2... pandai menulis pula si Aiman ni rupanya... :) sambunglah lagi Aiman, aku ternanti2 sudah smbgnnya... :P aku suka cara kau tulis balasan2 sms diorg tu... keep up the great work lah ya.. teruskan usaha dlm mencari cinta-Nya.

    ReplyDelete
  7. Ahsanta ya akhi.. ana menanti sambungannya..hee

    ReplyDelete
  8. aslmkm..owh..kisah sebenar rupanya...mg Allah pmudahkn sgl urusn anta n kita seme..mg sntiasa d dlm redha n rahmatNYA...insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. salam'alaik...kisah benar?
    hebaat..!!semoga saya juga oh..kita semua..mampu menjadi seprti dia..
    insyaallah..

    ReplyDelete
  10. keep writing pleaseee. i want to know more.
    lucky girl.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...