Pages

Total Pageviews

29 October 2010

Perlukan Restumu!

Persoalan;
>bley x, bincang tentang kpentingan 'restu ibubapa' dlm kecemerlangan seseorg pelajar..memandangkan x lama lg spm bakal menjelang.. harap info y akhi berikan bley m'jdi panduan kpd semua pljr dlm m'jga hubungan dgn Allah n ibubapa..

Allah berfirman;
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.(al-ankabut;8)

Perlukan Restumu!




Takrif
Restu bermaksud 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia. 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, ke­izinan.(Bersumberkan kamus dewan edisi ke-4)
Ibubapa bermaksud orang tua (yakni emak dan ayah).(Bersumberkan kamus dewan edisi ke-4).


Apakah kaitan?
Apakah perkaitannya restu ibubapa dengan kecemerlangan si anak? Sebelum tu, ingin saya berkongsi formula untuk berjaya dalam kehidupan iaitu 'Niat+usaha+doa=SUCCESS'.
Rasulullah saw bersabda;
"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."(Riwayat al-Hakim)
Menurut hadis di atas jelas menerangkan bahawa redha Allah bergantung pada redhanya kedua ibubapa kita terhadap kita. So, bagaimana formula kejayaan itu akan dapat diamalkan jika ibubapa tidak merestui kita. Jika ibubapa tidak merestui kita, Allah swt juga tidak akan merestui kita jadi adakah doa yang kita panjatkan padaNya akan diterima dan dimakbulkan? Lalu bagaimana hendak mencapai kejayaan yang diimpikan jika hanya berbekalkan usaha semata-mata.
Allah berfirman;
Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.(ali-Imran;150)
Sesungguhnya kita amat-amat mendambakan pertolongan Allah dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Dosa besar?
Allah berfirman;
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan – jika kamu dapat memegang kuasa – kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.(Muhammad;22-23)
dan
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(al-Isra';23)
Dari Abu Bakrah alias Nufai' Ibnul Harits ra, ia bercerita, Rasulullah pernah bersabda,"Maukah kalian aku beritahukan tiga dosa terbesar di antara dosa-dosa besar. Kami menjawab, "Tentu, wahai Rasulullah." Beliau bersabda."Yaitu menyekutukan Allah, mendurhakai kedua orang tua . . ." Sambil duduk bersandar beliau lalu meneruskan sabdanya,"Ingat, dan ucapan dusta dan kesaksian palsu." Beliau mengulang-ulang perkataan itu, sampai-sampai kami berkata dalam hati,"Semoga saja beliau segera diam."(Al-Bukhari, Kitab: Adab X/419, no. 5976. Muslim, Kitab: Iman 1/91, no. 87)

Kembali kepada fitrah
Fitrah bermaksud Ar 1. tabii, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan. Jelas disini manusia diciptakan daripada tanah oleh Allah sebagaimana penciptaan Adam as iaitu manusia pertama yang diciptakan. Melalui Adam as lahirnya manusia-manusia lainnya dan kelahiran mereka melalui proses 'fertilisation' antara lelaki(sperm) dan perempuan(ovum) seperti mana diterangkan Allah swt.
Allah berfirman;
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(al-,u'mukminun; 12-14).
Secara lahiriahnya si ibu dan si ayah lah yang melahirkan si anak. Si ibu yang mengandungkannya, melahirkannya, menyusuinya, menjaganya, mendidiknya manakala si ayah pula yang menyaranya, membekalkan ilmu padanya. Lantas, amat wajarlah menderhakai kedua orang tua tergolong di dalam dosa-dosa besar yang terbesar.

Kesimpulan
Melalui dalil-dalil di atas, terbentanglah yang hak dan batil dan sesungguhnya restu ibubapa itu amat penting dalam kehidupannya. Andai si anak tidak direstukan, maka adakah hidupnya akan mendapat berkat? Hal yang demikian juga mengenai kecemerlangan si anak. Sahabat saya menukilkan, "Ada sebuah cerita berkenaan si anak dan si ibu. Si anak ini selalu menolong ibunya berniaga. Pada suatu hari, terdetik di hati si anak untuk menimba ilmu. Lalu dia mengemukakan harapannya pada si ibu. Malangnya, si ibu tidak mengizinkannya. Namun begitu, si anak tetap pergi menimba ilmu. Dalam pembelajarannya, dia sentiasa mendapat perhatian oleh guru-guru dan dia memang diakui sebagai pelajar cemerlang. Namun ketika dia menduduki ujian, keputusan ujiannya tidak seperti yang disangkakan. Lalu, si guru menyuruhnya untuk meminta restu dari ibunya. Akhirnya, ibunya merestuinya dan dia dengan mudah mengecapi kejayaan. Persoalannya disini, bagaimana pula nak mendapat restu kedua ibubapa?

How?
  • Kita hendaklah mentaati dan mematuhi perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam.
  • Hendaklah berkata yang lembut dan sopan pada mereka.
  • Sentiasa memohon keampunan pada mereka kerana kita tidak tahu sama ada kita telah melukakan hati mereka tanpa kita sedari.
  • Menjaga maruah dan harta benda mereka.
  • Sentiasalah mendoakan kebaikan mereka di dunia dan diakhirat.
  • Andai mereka tersilap, perbetulkanlah mereka dengan berhikmah.
Kisah Ibrahim as
Nabi Ibrahim as ditakdirkan lahir sebagai anak seorang penyembah berhala yang kuat. Nabi Ibrahim as yang mengetahui kebenaran, tidak mengikuti kesesatan ayahnya itu yang membabi buta. Malah, baginda dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang memanggil ayahnya denagn panggilan, "wahai ayahku," dan menyerunya kepada kebenaran. Baginda tidak beremosi dan mengancam dengan kekasaran. Bagindah juga mendoakan ayahnya dengan hikmah.(Dipetik dari majalah Solusi no21, 'Melebur Takabbur', halaman 84)

Solusi
Tapi ramai ibubapa yang tidak menegakkan syariat Allah di masa kini. Lalu bagaimana hendak menurutinya? Anak-anak dibiarkan berpakaian tidak menutup aurat, kebebasan anak-anak tidak dibendung malah semakin digalakkan. So, bagaimana? Pada pendapat saya, apa-apa arahan yang tidak melanggari hukum hakam Allah hendaklah dilakukan dengan sebaiknya dan hendaklah berusaha memimpin si ibu dan ayah ke jalan yang lurus, sentiasalah mendoakan agar mereka diberi petunjuk. Dan yang terutama, dengan berHIKMAH.

Allah berfirman;
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(al-Isra';24)




SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...