Pages

Total Pageviews

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

19 December 2010

Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part3


Isnin, 6 Disember 2010

Hari ini suasananya sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Sungguh, indah sekali melihat matahari terbit melalui celah-celah cermin di kamarku. Tanda kebesaran Ilahi. Tanpa ku sedari, hari ini adalah hari terakhir pertemuanku dengan si dia sebagai seorang pelajar sebuah sekolah menengah. Sungguh, masa berlalu dengan cepat!

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(al-Asr 1-3)

Teringat sebuah novel berjudul 'Tasawuf Cinta' melalui madahnya, 'Masa akan berlalu dengan cepat jika engkau dalam keadaan bahagia tetapi masa akan berlalu amat lambat apabila engkau berada dalam keadaan resah lagi gelisah'.

Tepat pukul 3.30 pm aku bergegas beredar dari bilik peperiksaan yang memaparkan kertas 'Chemistry 3' yang dijadualkan bermula dari jam 2.00 pm itu. Lantas langkahku laju menuju ke medan selera sekolah seperti yang disepakati semalam.

Inah, esok ana nak jumpa Inah ya selepas paper chemistry. Boleh? Ada sesuatu yang ana ingin berikan kepada Inah. Ohya, pendrive ana jangan lupa bawa ya.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Erm, dimana nak berjumpa? Inah pun ada nak bagi 'something' kat anta.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Di kantin sajalah, lebih terbuka. Lagipun ana tidak mahu pertemuan itu dihadiri yang ke3, Faham-fahamlah ya. Okie, assalamualaikum wbt.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

InsyaAllah, waalaikumsalam wbt. Jangan lupa ingatkan Inah subuh esok akan pendrive anta tu, takut terlupa pula.

Ku akui, kami jarang mengutus 'sms' sudah kini. Hanya jika ada sesuatu yang mustahak yang memungkinkan penghantaran 'sms' tersebut, barulah kami ber'sms'. "Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita(bukan muhrim) kerana pihak ke3 adalah syaitan", bisik hatiku mengenai hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud itu.


Pertemuan kenangan

Jam terus berdetik tanpa mempedulikan ragam manusia yang berada di medan masanya kerana masa itu "ibarat pedang yang menghunus", sekali terlambat maka terpenggallah kepala dari badannya. Sudah 15 minit aku duduk di bangku kantin itu sambil membaca buku nukilan Zamri Mohammad yang akan ku hadiahkan padanya. Namun, angin tetap tidak membawa khabar gembira menunjukkan kehadiran dia, Wardhatul Sakinah.



Dalam keadaan separa sedar akibat dari kekhusyukan membaca buku, terdengar satu suara bergema di sudut sebuah dinding sambil diiringi hempasan buku ke atas meja. 'Siddiq'! katanya lantas menghulurkan sebuah buku yang kini tersimpan rapi di atas meja di dalam kamarku. Buku yang bergelar 'Acuan Minda' karya Prof Dr. Sidek Baba, dekan universiti yang menjadi sasaranku untuk melanjutkan pelajaran. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, itulah namanya.


Lalu buku itu ku selangi dengan sebuah buku ber'title' 'Magnet Cinta' yang sebenarnya mengisarkan tentang cara-cara untuk memikat kaum Adam dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Buku yang rasanya silap terbeli tapi amat berguna juga ilmunya buat para isteri ataupun 'bakal isteri'.

Pertemuan sesingkat 10 saat itu sangat bermakna bagiku. Walaupun ianya cuma saling memberi dan menerima seperti dalam sistem 'barter' yang diamalkan masyarakat dahulu. Tetapi ianya amat berharga, malahan tidak seharga 'The Pearl of the World' dalam literature English form5 yang menjadi rebutan masyarakat bangsawan tetapi ianya menjadi pengalaman yang menjadi rujukan masa akan datang.


Aku Lepaskan kamu kerana Allah!

Indahnya! Getusku ketika fikiranku menerawang ke alam maya, menjejaki kasih sejati untuk dilamar menjadi isteri. Sungguh! Aku memang sangat mencintainya tetapi cintaku padaNya lebih ku utamakan darinya. Maka, kerana cinta untuk mendapatkan CINTA sebenar itu, aku pergi dari sisinya. Umpama seekor burung yang sekian lama hidup di dalam sangkar emas yang akhirnya pergi meninggalkan sangkar yang bertindak untuk memeliharanya tetapi atas keinginan yang tinggi untuk mencari Cinta Ilahi, burung itu pergi juga dari sangkarnya itu.

Memang benar, aku dan dia mampu! Tetapi kerana kemampuan itulah aku takut kami tersasar dari sasaran utama. Kini, telah ku lepaskan dia kerana Allah. Biarlah Allah yang memeliharanya, menjaganya dan memerhatinya kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui dari hambanya yang hina ini.



...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(al-Baqarah 216)

Kini, sebulan telah berlalu semenjak burung itu belajar terbang kembali. Tapi tidak bererti ia tidak akan kembali. Jika diizinkanNya, burung itu pasti kembali ke sangkar emasnya. Dan bila masa itu tiba, ianya giliran si burung pula untuk menjaga sangkarnya. Akan tetapi menjaga sangkar itu amat sukar melainkan dengan ilmu yang ada didada. Teringat bait-bait 'sms' terakhir antara kami;

Assalamualaikum wbt, Inah. Inah rasa hubungan kita ini masih dalam keredhaanNya? Bukan kenapa, ana takut Inah. Memang benar kita telah berjaya mengelakkan zina couple, tetapi antara kita tetap ada kasih yang bermadu. Inah, ana tidak mahu nodai hubungan ini.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Waalaikumsalam wbt. Maafkan Inah ya anta? Inah ingat anta mampu untuk megawal perasaan anta sendiri. Inah tidak sangka jadi begini. Inah tidak sesekali ingin menjadi batu penghalang cinta anta kepadaNya? Maaf.

. . . . .

Inah, sejujurnya ana memang mampu dan setiap hari bermujahadah untuk mengawal perasaan itu. Tapi, tetap ana rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hubungan kita ini. Seakan hubungan ini telah tersasar dari jalanNya. Jujur, ana cintakan Inah tapi kerana cinta itulah ana tidak ingin hubungan ini dicemari dosa. Ana nak jaga hubungan ini walaupun ana terpaksa melepaskan Inah.

[Message Sent]

. . . . .

[Message Received]

Anta, hanya ada satu caranya, anta padamkan number Inah di telefon bimbit dan jangan pernah sms Inah mahupun 'call me'. Ya, anta?

. . . . .

Tapi, Inah... Inah tunggu ana ya? Ana cuma pergi untuk sementara sahaja, insyaAllah. Number tu biarlah ana simpan k? Selamat tinggal cinta, aku lepaskan kamu keranaNya.


Sambil tersenyum aku menyelak halaman pertama buku 'Acuan Minda';

"Penunggang kuda yang tidak cekap adalah umpama manusia yang bodoh, kurang kebijaksanaan dan tumpul pemikirannya. Melawannya kuda itu seperti kerasnya nafsu manusia dan liarnya kuda itu adalah seperti buasnya kemarahan.

Wahai jundullah berdirilah di atas medan globalisasi ini. Biar rebah jangan berubah! Teruskan perjuanganmu, kerana itulah maharmu ke syurga Allah swt."

-Wardhatul Sakinah-




Permata yang dicari


Semoga engkau permata yang ku cari wahai Wardhatul Sakinah.



SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part3

10 December 2010

Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part2


Sedutan Episod LaLu;
...sambil mengucap, segala puji hanya bagi Allah. Alhamdulillah.


Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part2

Lagu Maher Zain, 'Never Forget' memecah kesunyian malam menandakan kini masanya untuk aku menterjemahkan pengabdianku pada-Nya. Lantas aku mencapai sebuah sejadah untuk diperbentangkan menjadi alas solatku setelah aku mengenakan wuduk pada anggota-anggotaku. Dengan kudrat yang ada, aku meneruskan maqasid(objektif) qiamku dimulai dengan tahajudku pada-Nya. "Ya Allah, jika benar dia jodohku yang engKau tulis semasa aku diperut ibuku, maka jalinkanlah kami di jalan keredhaan-Mu". Bait-bait itu yang ku persembahkan pada Tuhanku pada sujud terakhir tahajudku pada-Nya. Lantas aku teringat sebuah firman Allah, "...Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal..." Amin.




[21 November 2010]

Kelihatan sungguh ligat jari-jemariku menekan butang-butang 'keypad' yang terdapat pada telefon bimbit c903ku. Ya, aku masih ingat akan janjiku untuk menyambung kembali perbualan pada hari itu. Lantas aku mencari nama 'Wardahtul Sakinah' dan menekan butang 'Send New Message'...

. . . . .

Assalamualaikum wbt. Awak, apa kata hari ini kita berbincang soal 'CINTA'. Bukan kenapa, terpandang sebuah buku berjudul 'Tentang Cinta' hasil nukilan Ustaz Pahrol. "Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri dan kita tidak akan dapat mencintai diri sendiri jika kita tidak mencintai Allah swt". Andainya, kita sudah mencintai Allah swt dan menyayangi diri sendiri, layakkah kita mencintai yang lain?


[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Waalaikumsalam wbt anta. Tidak salah untuk kita mencintai yang lain asalkan cinta itu tidak melebihi cinta kita pada-Nya dan biarlah yang dicintai itu boleh membawa kita ke jalan menuju redha-Nya bukan pula memesongkan kita.

. . . . .

Okay, cuba kita buat perbandingan di sini, andainya ana dan inah bercinta(Bercinta bukan 'couple'). Almaklumlah, kita ini tahu serba sedikit tentang agama. Tahu batas pergaulan dan sebagainya. Adakah cinta kita itu boleh diklasifikasikan 'halal' disisi-Nya?


[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Jika situasinya begitu, inah rasa lebih baik kita terus bersahabat. Sebab, searif manapun kita tentang agama, sekreatif itu jugalah syaitan akan memperdayakan kita. Ada sebuah kisah yang masyur mengenai seorang abid(ahli ibadah) tetapi di akhir hidupnya, dia mati sebagai penzina. Apatah lagi kita? Pendapat anta pula bagaimana?

. . . . .

From me, tidak ada masalah jika 'cinta' itu disalurkan pada jalan yang betul. Cinta 'is not equal to' nafsu. Pemahaman ana melalui kisah tersebuat ialah si abid yang merupakan 'penzina' itu sebenarnya tidak mencintai 'yang dizina' itu. Akan tetapi, dia gagal dalam menangani bisikan syaitan.

[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Betul. But... Honestly ina cakap, sudah banyak pengalaman mengenai dai'e(pendakwah) yang kecundang kerana cinta. Boleh, tapi ia perlukan mujahadah yang kuat.

. . . . .
Dua batang kayu disatukan dengan paku.
Dua ketul batu disatukan dengan simen.
Dua hati disatukan dengan apa?
Jawapnya, ia disatukan dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati Yang Satu, pasti mudah kedua-duanya bersatu.
. . . . .

A'ah, betul. Cinta itu hendaklah didasarkan pada Allah kerana Dia-lah yang menciptakannya. Jika tidak, jadilah kita sepertimana firman Allah;
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan)...(QS. 45:23) Kita beralih ke soal 'couple' pula, zaman ini couple telah diharamkan tetapi hukum boleh berubah mengikut keadaan. Ustaz Pahrol mengatakan, "Couple itu sebenarnya ialah pertautan hati ke hati". Pepatah ada mengatakan, 'Tak kenal, maka tak cinta'. Bagaimana kita hendak mencintai Allah jika kita tidak mengenali-Nya? Begitu juga cinta insani, ia perlu perkenalan tetapi perkenalan yang bagaimana? Perkenalan yang mengikut 'law'(syariat) Islam.

. . . . .
Manfaatkan segenap pancaindera yang ada untuk mengenal Pencipta. dari mata turun ke hati, dari telinga terbit rasa suka. Lalu dengan lidah, alunan zikir sentiasa berkumandang menyatakan rasa cinta kepada Allah swt. Seterusnya, tubuh ikut rukuk dan sujud menyembah yang Maha Esa, penyembahan yang sebenar ikhlas kerana kasih setia kepada-Nya.
. . . . .

[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Inah pun setuju juga. Tapi, masalahnya kini, masyarakat itu sendiri telah mensinonimkan couple dengan perbuatan yang melanggar syariat Islam. Inilah kesannya dari budaya Barat yang diagung-agungkan.

. . . . .

Islam kan akan kembali asing. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah memfatwakan bahawa zaman ini ialah zaman asing yang kedua.

. . . . .
Jika paku boleh berkarat,
simen boleh retak,
maka begitulah iman.
Boleh menaik dan menurun.
. . . . .

[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Wah, banyak sudah ilmu tentang per'couple'an ini ya. Bolehlah buat forum. Teruskan mengkaji ya.

. . . . .

Ehe. Tidaklah. Sebelum ini ana kan selalu berada dalam suasana couple yang bersifat kejahilan tetapi ana belum lagi merasai couple dalam Islam. Indahnya bila hubungan yang dibina itu menjadi faktor kecintaan kepada Allah swt.


[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Eya. Sangat indah. Inah pun selalu bermunajat pada Allah agar hati ini dijaga-Nya. Biarlah cinta yang subur itu cinta yang membuatkan semakin CINTA kepada-Nya.

. . . . .

Perbualan kami menjadi santai kembali. Mungkin masing-masing sudah kehabisan modal untuk diperbahaskan. Bukan untuk mencari kemenangan tetapi untuk mencari yang lebih baik. Khilaf itu satu keluasan. Lantas, ku mengutarakan persoalan yang sejak dari tadi menyelubungi hatiku.

. . . . .

Andailah kan, sekiranya ana mengucapkan lafaz bahawa, 'ana mencintai inah kerana Allah'. Apa reaksi inah?

[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Alhamdulillah. Sebab perasaan itu datangnya daripada Allah. Inah bersyukur ada orang yang menyayangi inah.

. . . . .

Seandainya ia bukan andaian tapi kenyataan?

[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Jawapannya tetap sama. Kenapa anta tanya sebegitu?

. . . . .

. . . . .

Ana tanya sebab ana mengakuinya.


[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Maksud anta?

. . . . .

Dah cukup jelas untuk ditafsirkan maksudnya.

[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Owh. Ingatkan anta main-main tadi.

. . . . .

Cinta yang hakiki bukanlah cinta yang ditujukan untuk keseronokan semata tetapi ditujukan untuk menggapai redha-Nya.

[MESSAGE SEND]

. . . . .

[MESSAGE RECEIVED]

Patutlah dari tadi bertanya soal cinta. Pandai juga anta berbunga-bunga ekh.

. . . . .

Aha. Itu kan muqaddimah untuk meng'exsploitasikan minda kelas1'. Ehe. Mana ada ana pandai berbunga-bunga. Straight forwardlah ni.

[MESSAGE SEND]

. . . . .


Perbualan kami terhenti disitu. Pelbagai persoalan timbul dimindaku. Adakah lafaz yang ku lafazkan tadi perlu untuk dizahirkan? atau ia sepatutnya hanya menjadi lafaz yang tersimpan? Di keheningan malam ini, otakku ligat mencari jawapan kepada permasalahan itu. Sambil mengucapkan kalimah syahadah, aku melelapkan mata buat seketika. Bersambung...



SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part2

03 December 2010

Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya


[3.25 am, 9 Zulhijjah 1431 H]

...Kelihatan kelibatku, berjalan beriringan dengan seorang wanita, bergelak ketawa dan bermain mata. Sungguh! Aku kenal pemudi itu. Dia teman dakwahku, Sakinah. Mengapa aku bersama dia? Seakan sedang hangat bercinta. Atau adakah kami sudah membina 'Taj Mahal' cinta?...

...Astaghfirullah al'azim....
...Berulang ku mengulangi lafaz tersebut...
...Mimpikah aku? Mengapa mimpi ini sungguh aneh? Ah, biarkan sajalah...Lantas aku bergegas ke bilik mandi. Membasuh muka dan terus mengambil wuduk untuk melaksanakan pengabdianku padaNya. Ya, memang itulah tugasku, siang harinya berkhidmat untuk dunia. Malam ku peruntukkan untukNya. Hadiah dari si hamba pada Khaliknya, tanda syukur akan nikmatNya...



Hari berganti hari...
Hatiku semakin gundah gulana, resah tanpa makna, gelisah umpama pantai yang menunggu hakisan ombaknya. Seperti ada sesuatu kekosongan yang bertahta di hatiku. "Apa sebenarnya yang kau mahu hati?,"Desisku. Mimpi tersebut acap kali terbit di fikiran, seumpama ingin merungkai seribu rahsia, mencari dan terus mencari jawapannya.

Owhya, 'better' aku kirim sms padanya, Sakinah. Mungkin sedikit demi sedikit mengurangkan kegelisahan hatiku. Lagipun, dia memang temanku meluahkan kata-kata, meluahkan luahan rasa dan meluahkan permasalahanku. Lantas aku mencapai 'handphone' Sony Ericsson ku untuk menulis padanya.



Assalamualaikum wbt. Inah, nak minta tolong boleh?

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Waalaikumslm wbt...maaf lambat reply.. Kenapa ya Siddiq?

. . . . .

Owh, takpe. Erm, tak tahu la nie anti. Sejak mimpi hari tu, hati ini seakan protes dan membuat diskriminasinya sendiri. Ianya semakin cepat 'sensitive' dan ia juga suka berseorangan.

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Mimpi apa tu?

. . . . .

Erm, macammana nak cakap ya. Mimpi tentang seorang mujahidah yang sungguh ana kenali. Dalam mimpi tu, ana dengan dia seakan-akan berpasangan. Selalu lepas sesuatu mimpi, its automatically erased. But, mimpi ini semakin mekar pula, seumpama musim bunga.

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Haha. Wah! Rezeki anta tu. Ana pun nak juga mimpi sebegitu tapi belum ada rezeki. Hihi. Bertuahnya wanita yang merangkap pelakon utama mimpi tu.

. . . . .

Erm, sebenarnya... Gadis tu adalah inah!

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Haha. eyala tu, buat lawak lagi. Itulah suka kacau inah kan? Tu yang sampai termasuk dalam mimpi tu. 'Don't worry' lah, kejap lagi hilanglah tu kot. 'So, how about today? still unhappy?'

. . . . .

A'ah. Hingga kini Inah. Semalam sampai ana berdoa jika benar inah jodoh ana, biarkan saja mimpi itu berleluasa di kerajaannya. Tapi, jika tidak hapuskanlah sahaja mimpi tu.Biar sahaja ia terbang menuruti kemahuan angin.

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Takpa, doa jak padaNya 'la Tahzan innaAllah ma ana', doa kan senjata kita. Inah faham perasaan anta. Akan dikenang di setiap doa inah, moga diberi kekuatan ya. Sesungguhnya, cinta yang diredhai itu adalah cinta kerana Allah, bukan kerana nafsu semata.



. . . . .

Syukran. Ana harap kejujuran ini tidak menjejaskan 'momentum' inah ya? Ana cuma meluahkan agar terjelaskan benda itu. Andai ianya dari Allah, alhamdulillah. Andai ianya sekadar mainan tidur semata, alhamdulillah. Semua kejadian itu ada hikmahnya dan hikmah itu mungkin sahaja tersurat mahupun tersirat.

[MESSAGE SEND]


. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Ana fahamlah. Ana bukan tak pernah bercinta. 'Nice to meet you!'

. . . . .

Apa tiba-tiba 'nice to meet you nie?' Ahaha. Ada hati dengan inah? Erm... Jika Allah menjodohkan kita, insyaAllah. Jika tidak, tak nak lah ana dengan 'datin' seorang ini. Ehehe. Alhamdulillah, lega bila meluahkan.

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Eee, jahat! Eyalah,Datinlah..tidak sesuai pun dgn siapa-siapa.huhu

. . . . .

Ahaha. Inah pun pandai merajuk kah? Memang fitrah kalau sudah menjadi seorang wanita. Ehe. Teringat ana filem 'Syurga Cinta' mengenai 3 jenis jodoh. Jodoh dari syaitan, jin dan Allah. Nantilah ana istikarah ya, sama ada inah ana punya jodoh atau tidak.

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Haha. Nak istikharah lagi tu? Awallah, lucu tahu.

. . . . .

Demi untuk mengelakkan zina dan membiarkan nafsu bermaharaja lela. Ehe. Zikrullah jelah penawar kalbu.

[MESSAGE SEND]
. . . . .
[MESSAGE RECEIVED]

Betul tu! Nanti jumpa inah, berzikir je la ya.. jika di izinkanNya nanti kita smbng ya..Assalamualaikum.

. . . . .

Ahaha. Ana pun baru nak mengusulkan yang sedemikian. Dah agak lewat dah ni. Syukran ya saudari kerana sanggup melayani karenah dan menemani ana.Taqaballahu minkum soleh al'amal. Waalaikumsalam wbt.

[MESSAGE SEND]
. . . . .

Selesai sahaja sempurna kiriman SMS terakhir tersebut. Lantas aku melelapkan mata di atas katil yang sederhana keadaannya sambil mengucap, segala puji hanya bagi Allah. Alhamdulillah.



UNIC: Lafaz yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Bersambung di Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya Part 2!
SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Hati terExploitasi Menukil Cinta keranaNya

26 November 2010

Aku mencintaimu kerana Allah!


Rasulullah bersabda;
'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)

Fitrah!
Apa rasionalnya topik ini dibincangkan? Ianya kerana rata-rata golongan manusia termasuk para dai'e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia dengan cinta.
Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 45)




Layakkah?
'Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah". Persoalannya di sini adakah kita sudah mencintai Allah? Mencintai Allah dalam erti kata sebenar ialah mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Kita lihat kini, ramai yang sudah mencintai orang lain seawal umur darjah 5, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri mereka sendiri? Jawapannya terdapat pada hubungan itu samaada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.
Firman Allah;
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (QS. 45:23)

Fahami!
Perlu difahamkan di sini dengan sejelas-jelasnya bahawa cinta itu ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan 'contact' badani iaitu pergaulan bebas. Ingatlah,
"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan." ( al-farabi)
Yang menghairankan bahawa umat islam sendiri pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina. Beginilah akibat 'islamophibia'. Pesanku, 'berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jaat, buruk dan 'cacat'. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan."

Peraturan cinta!
Menurut buku'Tentang Cinta' karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi terdapat 2 peraturan untuk melayakkan seseorang itu bercinta;
  1. Hendaklah cinta kita itu didasarkan pada cinta Allah
  2. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
"Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa'.



Hayati firman Allah melalui lidah kekasihnya, Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Cinta sejati?
Menurut pakar psikologi, "cinta itu komitmen, tanggungjawab dan amanah". Menurut kamus dewan ke-IV pula cinta merujuk kepada perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan, perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu. Cinta itu terlalu abstract dan bersifat maknawi ia juga amat universal. Hukama ada berkata, "cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kerana kesalahan". Cinta sejati itu dialirkan oleh Allah ke dalam hati, ia muncul dari dalam ke luar iaitu dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Oleh itu, cinta tidak akan dapat di'tidak'kan tetapi ia hanya perlukan pengawalan yang ketat.

Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati
Cinta ini pasti akan diuji kerana itu sudah tradisi janji...
(Jendela Hati 1993)



Nabi bersabda;
"Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya". ( al-Bukhari, Kitab: Adab X/573, No. 6170. Muslim, Kitab: Kebajikan, Silaturrahmi dan Adab IV/2034, No. 2641)

Tips, anda sudah bersedia jika?
  • Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
  • Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh agama.
  • Sudah 'lepas' ilmu fardu ain dan mempunyai tahap akademik yang baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai pekerjaan yang tetap. Kepada yang masih belajar, bolehlah mencuba nikah kitbah atau gantung.[Link]
  • Sudah istiqomah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim sejati dalam erti kata yang sebenar.
  • Jangan lupa matangkan diri anda kerana orang yang matang ialah mereka yang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang tenang.



Jadi Soleh bukan cari solehah!
Firman Allah;
Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...(QS. 24:26)
"Cinta yang dicari adalah baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik". Ingatlah bahawa, "kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya".( Hamka)
Oleh itu, jadilah seorang yang soleh dahulu baru cari yang solehah ya!
Kalau da suka, jangan lupa beritahu!
Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya."(Hadis sahih Abu Daud, Kitab: Adab IV/332, No. 5124)



Kisah Ummu al-Darda'
Nama asalnya ialah Hujaimiah al-Himyarian. Beliau adalah isteri Abu al-Darda', seorang sahabat Nabi saw yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.
Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, " Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda' meminangku di dunia, lalu kau menikahi. maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga".
Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia".

Terima kasih sahabat atas nasihatmu;
Peliharalah diri dan hatimu,
Buat 'ajnabi yang halal' untukmu,
Jagalah mahar cintamu agar,
Tidak tercemar dek tafsiran hati yang masih sangsi,
Hamparkanlah rasamu hanya untuk 'Dia' yg selayaknya...


Nukilan hati Hamba buat 'sidia'

Ya Allah, engKau perkuatkanlah mujahadah ku melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan...
Ya Allah, engKau titipkanlah kasih sayang di antara kami berdua dengan keredhaan Mu...
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah kerana Mu...
Maka, engKau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan CINTA MU...
Jauhilah kami dari pelbagai jenis zina mahupun maksiat yang akan mengundang kemurkaanMu semasa dalam perhubungan ini...
Allah, aku berpegang pada firman Mu melalui lidah kekasih Mu Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang tidak menyayangi sesama manusia, nescaya Allah tidak menyayanginya.(Sahih al-Bukhari, 7376, 6013, Sahih Muslim 2319)

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw;
"Seorang wanita itu dikahwini kerana 4 hal; 1-hartanya, 2-nasab keturunannya, 3-kecantikannya atau kerana 4-agamanya. carilah wanita yang beragama, nescaya kamu akan bahagia."( Bukhari, Kitab: Nikah IX/35, No. 5090. Muslim, Kitab: Penyusuan II/2086. No. 1466)

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.


Komik Cinta Anta Anti!


READ MORE- Aku mencintaimu kerana Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...