Pages

Total Pageviews

19 March 2011

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka iskin, Allah akan memberikan kekayan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah s.w.t maha luas rahmat dan kurniaanNya lagi maha mengetahui.”
An-Nuur : 32



BERNIKAH??

Jika pelbagai alas an yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikh di usia muda, alam kampus itu mustahil, maka nikah khitbah adalah solusinya.Nikah khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hokum dan perundangan islam yang mempunyai 5 rukun:-
1)      Suami
2)      Isteri
3)      Wali
4)      Saksi
5)      Aqad (ihjab Kabul)

NIKAH KHITBAH

Kelebihan nikah khitbah ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hokum agama. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka mengadakan hubungan persetubuhan sekalipun, maka ia tidak salahdan tidak haram.
Pasangan tidak perlu duduk sekali tidak perlu mecari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain,tidak perlu membeli peralatan rumah atau lain-lain. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan membina kematangan.






PERBAHASAN HUKUM

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian parap alim ulama’ ialah perkahwinan Rasulullah S.A.W. dengan Aisyah r.a, menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasululah S.A.W. telah mengahwini Aisyah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi pasangan untuk terus tinggal serumah atas perseruuan kedua-dua belah pihak untuk tempoh yang dipersetujui.


RISIKO

Perkahwinan tidak terlepas daripada risiko. Pernikahan di usia muda di alam kampus hanyalah satu kaedah rawatan untuk membendung gejala maksiat dalam kalangan remaja.
Sekuran-kurangnya walaupun ia berisiko, ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Namun bagi yang ridak terlibat dengan gejala berpacaran, digalakkan supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...