Pages

Total Pageviews

28 August 2010

Program Solat Hajat PMR 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang




Alhamdulillahi robbil alamin . . Sebentar tadi kita telah mendengarkan bacaan Al-Quran daripada Ustaz Abdullah Din , pengasas Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SMK Tebobon . . Penantian selama bertahun-tahun oleh para guru ,ustaz , ustazah dan juga anak-anak murid beliau akhirnya terjawab setelah beliau kembali ke Sabah walaupun seketika sahaja. . Dan Alhamdulillah beliau sempat memberikan kita sebuah tazkirah yang bertajuk , "Nuzul Al-Quran' bersempena dengan malam ke 17 Ramadhan , iaitu malam turunnya Al-Quran . . Sungguh , beliau meninggalkan beribu kesan di SMK Tebobon , hinggakan anak-anak murid beliau yang kini berada di Form 5 dan Form 6 , walaupun tidak dijemput tetapi tetap datang untuk bertemu dengan beliau . . Ustaz Abdullah datang ? Yeah ! Ustazah boleh kami ikut program malam nie ? Bolehlah . . Begitulah tinta-tinta anak murid beliau . .Kita ikuti pula conclusion yang dibuat oleh ustaz Abdullah pada tazkirah tersebut . .




Semoga kita dapat mengambil intipati-intipati daripada tazkirah tersebut untuk diamalkan di dalam kehidupan harian. . Kerana ilmu yang tidak diamal ibarat pokok yang tidak mengeluarkan buahnya . . Terima kasih ya Ustaz . .Jauh menyimpang , kembali ke pangkal jalan . . Program yang berlangsung pada 27 Ogos 2010 ini bertujuan untuk meminta harapan , dan keampunan supaya pelajar-pelajar PMR SMK Tebobon dapat kecemerlangan di dalam PMR mereka pada tahun ini khususnya juga kepada pelajar-pelajar SPM dan STPM yang juga sempat mengambil kesempatan dalam keluasan untuk memohon keampunan , hinayah dan hidayah dari Sang Pencipta Alam terutamanya pada bulan Ramadhan yang Barakah ini . .Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita . . Amin ya robbil Alamin . . Program ini berakhir dengan moreh selepas selesai melanjutkan pengajian tarawih dan witir dihadapan Allah swt. .


Biarkan gambar bernukilan . .







Sebelum ana mengundur diri , ana mewakili penggiat belakang tabir merakamkan sebanyak-banyak terima kasih dan mohon diampunkan silap dan salah . . Hayati nukilan ini , Bulan Syawal bukannya satu-satunya tempat untuk kita memohon kemaafan daripada orang lain tetapi jadikan sikap memohon kesilapan itu pada setiap kali kita berbuat kesalahan kerana belum tentu kita akan dapat hidup pada 1 Syawal yang seterusnya . . Apa-apapun , yang penting kita 1 akidah , 1 agama dan 1 pegangan . . Takbir ! ! Allahuakbar !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...