Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh
Hazrat Ubadah bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi saw tentang Lailatulqadar . Lalu baginda bersabda , Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir .Sesungguhnya Lailatulqadar berlaku pada malam-malam yang ganjil , pada malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan .Sesiapa yang bangun beribadat pada malam-malam itu dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran , semua dosanya yang terdahulu diampunkan . Antara tanda-tanda Lailatulqadar ialah keadaan tenang dengan langit yang bersih , tenang lagi sunyi , tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk .Seolah-olah bulan sedang memancar ( kerana banyak Nur kerohanian ) . Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga pagi . Matahari akan akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat . Matahari terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama . Allah swt telah mengharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu ( sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit ).
Antaranya lagi , sahabat-sahabat Nabi mendapati pada malam itu air laut menjadi tawar dan kisah ini berlaku pada malam ke 27 . Para masyaik menulis bahawa pada malam Lailatulqadar semua benda akan bersujud seperti pokok-pokok rebah ke bumi kemudian akan bangun ke kedudukan asalnya kembali . Walau bagaimanapun , perkara-perkara seperti ini adalah berkaitan dengan kasyaf dan tidak dapat disedari oleh semua orang .
Adapun begitu , pernah Rasulullah memerintahkan untuk mencari Lailatulqadar pada malam-malam berlainan bersesuaian dengan tahun tersebut .
-Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. bahawa pada suatu ketika sedang dibincangkan tentang Lailatulqadar di dalam majlis Nabi saw lalu Baginda bertanya, Berapakah tarikh hari ini ? Diberitahu bahawa 22 haribulan . Baginda saw pun ber sabda , Carilah Lailatulqadar pada malam ini .
-Hazrat Abu Zar r.a. berkata , Saya telah bertanya kepada Nabi saw adakah Lailatulqadar khusus pada zaman Baginda sahaja atau akan berterusan selepas zaman itu juga ? Baginda menjawab , Lailatulqadar akan berterusan sehingga hari kiamat . Saya bertanya lagi pada bahagian manakah dari Ramadhan malam itu berlaku ? Baginda bersabda , carilah malam itu pada sepuluh awal dan sepuluh akhir . Kemudian Baginda telah sibuk dengan hal lain . Lalu saya bertanya lagi . Rasulullah saw menjadi begitu marah . Tidak pernah Baginda begitu marah terhadap saya sebelum dan selepas itu . Kemudian Baginda bersabda , Kalau itu tujuan Allah , mengapa tidak terus diberitahu sahaja ? Carilah malam itu pada 7 malam terakhir . Cukuplah ! Selepas itu jangan tanya apa-apa lagi kepada saya .
-Hazrat Ibnu Abbas r.an.huma berkata , Pada suatu malam saya sedang tidur , saya bermimpi seseorang berkata kepada saya , Bangunlah ! Ini Lailatulqadar . Saya pun bangun dengan segera dan pergi melihat Nabi saw . Saya dapati Baginda tengah bersolat . Malam itu adalah malam ke 23 .
-Hazrat Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata , Sesiapa yang berjaga malam pada sepanjang tahun akan dapat menemui Lailatulqadar ( yakni Lailatulqadar beredar sepanjang tahun ) . Ada orang menyampaikan pendapat ini kepada Hazrat Ibnu Ka'ab r.a. lalu beliau pun berkata , Tujuan Ibnu Mas'ud adalah supaya orang ramai tidak berpada dengan beribadat pada satu malam sahaja . Kemudian dia telah bersumpah dan memberitahu bahawa malam Lailatulqadar berlaku pada malam ke 27 .
-Imam Muhammad rah. dan Imam Abu Yusuf rah. pula menyatakan bahawa Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam-malam Ramadhan secara tetap tetapi tidak diketahui .
-Mazhab Syafie berpendapat bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke 21 .
-Kebanyakan ulama mengatakan bahawa malam Lailatulqadar lebih berkemungkinan berlaku pada malam ke 27 .
Walaubagaimanapun , sama ada malam ke 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29 , setiap orang perlulah berusaha untuk mencari Lailatulqadar pada sepanjang Ramadhan sesuai dengan keupayaan dan kesungguhan masing-masing . Janganlah hanya beribadat pada malam-malam tertentu kerana sesungguhnya Allah swt menyukai kepada orang yang istiqomah di dalam perbuatannya walaupun sedikit .
Sedikit info . .
Menurut Hazrat Sufian Thauri rah. berkata bahawa pada malam itu adalah lebih baik untuk menyibukkan diri dengan berdoa berbanding dengan ibadat-ibadat lain . Ibnu Rejab rah. pula berkata bahawa tidaklah hanya berdoa , bahkan lebih afdal untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain seperti membaca al-Quran , solah , doa , meraqabah dan seumpamanya kerana semua itu diriwayatkan oleh Nabi saw .
Berdasarkan soalan yang diberikan oleh seorang hamba Allah di dalam chatbox . .
Semoga bermanfaat . .
Bersumber daripada Kitab Jilid Amal . .
No comments:
Post a Comment