Pulang dari demonstrasi anti-Yahudi, seorang pakcik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik .
"Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar Perdana Menteri Israel pun banyak dah kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional."
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
"Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia islam. Dijangkakan banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepaskan peluang."
Saya cuma mengangguk. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji, dalam interaksi perlu menjadi pendengar.
"Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit... janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk."
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "Saya sokong tindakan pakcik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni selalu sakit-sakit sejak akhir-akhir ini."
"Kenapa pakcik?"
"Rokok dik. Semuanya pasal rokok ni."
"Pakcik hisap rokok apa?" Saya mula teruja untuk berbual.
"Masih Winston. Dah sebati sejak dulu."
"Winston from Amerika?" bisik saya perlahan.
Kali ini pakcik tu pula mengangguk-angguk.
"Sakit-sakit pun pakcik masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan.
Sebaik-baik demonstrasi
"Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,"tegas saya.
"Apa dia?"
"Solat Subuh berjemaah."
"Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat,"Muka pakcik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
"Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati."
"Kita mesti sanggup memikul senjata."
"Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut yang menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh."
"Saya tak faham."
"Pakcik, Israel mesti ditentang mengikut kaedah yang menyakitkan mereka."
"Apa yang menyakitkan mereka?"
"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang islam yang solat Subuh sama dengan bilangan orang islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri."
"Jadi?"
"Sebaik-baik 'demonstrasi' adalah didik umat ini menunaikan solat Subuh secara berjemaah di surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat sejarah Bandar, atau Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat karab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin al-Ayubbi, lihat Muhammad al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain."
Cara Hidup Islam
Hampir lupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung pakcik tersebut dengan senyuman.
"Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?"
"Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu yahudi yang lain, itulah yang lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. dan dengan wang yang terkumpul itu kita boleh hantar banyak lagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!"
"Awak sindir saya?"
"Pakcik, saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam termasuk kita, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi tidak pada tindakan."
"Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!"
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
"Pakcik, dalam al-Quran Allah tegaskan orang yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka."
"Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?"
"Pakcik lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?"
"Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam."
"Tidak pakcik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup Islam."
"Contoh?"
"Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, abaikan solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-medai umat islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup mengikut fahaman kapitalis, sosialis mahupun liberalis."
Pakcik itu terkejut sedikit. lantas menyampuk, "Mana Yahudinya? Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan liberalis, kapitalis dan sosialis?"
"Ketiga-tiga sistem fahaman itu sama."
"Sama?"
"Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama... Zionis Yahudi!"
"Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?"
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
"Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan gak bersifat artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan genuine."
"Misalnya?"
"Ajak orang Islam serius dalam menunaikan solat lima waktu dengan penuh penghayatan, sehingga dengan solat itu kita mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran."
"Lagi?"
"Tinggalkan riba, judi dan arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwahi dan ditarbiahkan secara berhikmah untuk menutup aurat dalam erti kata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!"
"Lagi?"
"Pakcik, cara hidup islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh 'berdemonstrasi hari-hari' terhadap Yahudi. Apabila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Hollywood."
"Idola Amerika?"
"Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah."
Sakitkan Yahudi
Pakcik itu terbatuk-batuk. Saya urut belakangnya.
"Dah lama pakcik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya pakcik," kata saya seakan-akan merayu.
"Semangat pakcik kuat, saya doakan pakcik berjaya. Amin," sambung saya.
"Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci."
"Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. bangunkan remaja kita untuk solat Subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, InsyaAllah , YAhudi akan gigit jari."
"Tetapi kalau cara hidup kita mengikut jari telunjuk mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita bakar. Jeritan Allahuakbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allahuakbar daripada umat yang tidak solat?"
"Eh , kami yang demonstrasi semua solat..."
"Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi beraoa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?"
Nombor giliran pakcik itu pula tiba. Dia melangkah perlahan ke bilik rawatan. Waktu ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan ke dada akhbar dan kaca televisyen.
Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului dengan qiamullail dan qunut nazilah.
Dan kemudian setelah selesai demonstrasi, para pemimpin dan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup islami dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian-bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja... tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah swt yang bermaksud: "Sekali-kali tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrazni sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka!"
Alangkah baiknya jika jeritan Allahuakbar dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekaligus "mengecilkan" pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
Bersumberkan Majalah Solusi isu No. 21, Melebur Takabbur.
nmohon share nie..........
ReplyDeleteDipersilakan...
ReplyDelete