Pages

Total Pageviews

15 October 2010

Jumaat Lagi !

Bismillah . .

"Alaa . .
Mahu hujan nie . .
Malaslah pegi masjid Solat Jumaat . ."
Kata c Ayyub padaku . .
Balasku padanya ;
"Adui , hujan saja pun terus tak pegi masjid . .
Sadis tul kau nie , Yup . .
Solat Jumaat itu kan kewajipan setiap lelaki yang bergelar muslim . .
Payung kan ada . .
Buat apa disimpan sampai berhabuk . ."
Kami pun mengambil haluan masing-masing selepas itu memandangkan kedudukan rumah yang berlainan . .

SOLAT JUMAAT

Mengapa hari Jumaat ? Allah berfirman ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi kemasjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Islam itu kan mudah . . Mengapa disusahkan lagi . . Segalanya ada terdapat di dalam al-Quran . jika tiada rujuklah sunnah Rasulullah saw . .Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan . .Lagipun Hari Jumaat merupakan hari kebesaran bagi umat Islam juga penghulu segala hari . .

HUKUM

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Nyata disini hukumnya adalah wajib berdasarkan pada perkataan "sengaja" di dalam hadis tersebut . .Kesimpulannya , apabila ia tidak dilakukan dengan sebab yang tidak munasabah seseorang itu akan mendapat dosa . .

KHUTBAH

Khutbah Jumaat ialah dua khutbah yang diberikan oleh khatib setiap kali Solat Jumaat dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat Jumaat . .

Telatah dua orang sahabat ;

Adui , nielah aku malas pergi solat jumaat nie . .
Kenapa , man ?
Bosanlah dengar khutbah tu . .
Sampai tertidur-tidur aku mendengar . .
Hahaha . .(Ketawa aku mendengarnya)
Ketawa pula kau rip , dengus c Aiman . .
Mana tidak , adakah boleh tertidur . .
Hehehe . .


MENGAPA KEADAAN DI ATAS TERJADI ?

Hanya sekadar pendapat daripada saya mengenai suasana Solat Jumaat di negara ini ;

  • Khatib tidak sesuai untuk membaca khutbah ;
-Suara yang perlahan ketika membaca . .
-Kadar ketinggian dan kerendahan suara tiada ; maksudnya pembacaan sama sahaja sampai habis .
-Pada ayat-ayat yang perlu ditegaskan tidak ditegaskan umpama ayat tersebut tetap sama darjahnya .

  • Khutbah yang ingin disampaikan terlalu mengikut teks , lantas menyebabkan tanggungjawab c pembaca hanyalah membaca . Sedangkan didalam khutbah lah khatib seharusnya menyedarkan orang ramai .
  • Seharusnya , khatib harus mengkaji dahulu teks khutbah yang diberi .
  • Khutbah juga tidak banyak menekankan tentang isu-isu semasa di negara ataupun di perumahan masjid itu sendiri mahupun tentang jemaah . Rasulullah saw juga pernah menegur seorang sahabat kerana tidak menunaikan solat sunat sebelum jumaat semasa sedang berkhutbah apabila sahabat tersebut memasuki masjid lalu duduk.
  • Teks khutbah yang tidak begitu menarik minat jemaah itu sendiri .
APA SEPATUTNYA YANG HARUS BERLAKU ?

Sebenarnya , relevannya Solat Jumaat ini ialah untuk mengumpulkan dan mempereratkan lagi tali silaturrahim sesama Islam . Khutbah Jumaat pula adalah didikan rohani kepada kita untuk minggu yang akan datang . Ini kerana , dalam seminggu aktiviti seperti ini hanya berlaku pada hari jumaat .Ia seumpama perhimpunan bagi umat Islam bagi mengutarakan masalah-masalah yang timbul dan cara mengatasinya . Melalui perhimpunan ini juga , banyak perkara yang dapat difahami secara tidak langsung menambah ilmu sang jemaah yang hadir .Oleh itu , sama-samalah kita memperbaiki diri masing-masing tidak kira c jemaah mahupun c khatib ataupun c muazin . Wasalam .

Info :
Khutbah Jumaat terakhir Nabi Muhammad saw ;


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...