Pages

Total Pageviews

Showing posts with label Paradigma. Show all posts
Showing posts with label Paradigma. Show all posts

24 December 2010

Islamisasi Hijrah

Perutusan

Awal muharram merupakan suatu pembukaan paradigma baru dalam sejarah Islam. Tarikh ini diisytiharkan oleh Saidina Umar r.a sebagai permulaan era kejayaan dan kebangkitan Islam melalui peristiwa Hijrah yang terpatri kemas dalam sejarah. Disini bermula proses ketamadunan mengikut acuan Islam dan pongorbanan peristiwa Hijrah menjadi ‘turning point’ kepada penyebaran Islam hinggalah pada hari ini.

Cukup banyak pengajaran daripada peristiwa hijrah dalam erti kata yang tersurat mahupun tersirat. Jika dibicara dalam kerangka istilah, tidak cukup untuk kita sebagai insan menghadamkan maksud peristiwa Hijrah. Sudut falsafahnya mudah sahaja untuk difahami bahawa hijrah membawa erti perubahan sama ada dalam bentuk revolusi mahupun evolusi. Perubahan dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik dan seterusnya kepada yang terbaik. Hijrah menghuraikan proses kepada matlamat yang lebih besar, iaitu pengorbanan dan penyampaian Islam.

Beban untuk sebar dan fahamkan Islam hanya dikontrakkan kepada mereka yang berlatar belakang pengajian Islam dan persatuan-persatuan Islam semata-mata. Sebetulnya semua individu Islam perlu memahami bahawa mereka adalah golongan muhajirin yang juga perlu melengkapkan maksud kedua hijrah iaitu menyebar dan menguatkan Islam. Mungkin frasa dakwah agak sukar untuk dibawa oleh individu umumnya, namun hijrah yang lebih utama dalam diri individu adalah berubah dari masa ke semasa untuk lebih dekat dengan Islam.


Islamisasi dan Hijrah

Islamisasi bermaksud usaha (proses dsb) menjadikan patuh kpd, sejajar dgn, atau sesuai dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam, perihal mengislamkan, pengislaman: tujuannya ialah utk membendung penerapan budaya barat bagi memastikan proses ~ berjalan lancar; ~ undang-undang di Malaysia.
Hijrah secara etimologi artinya berpindah. Secara terminologi ia mengandungi dua makna : hijrah makani (tempat/fisik), dan hijrah maknawi (nilai). Hijrah makani ertinya berpindah dari suatu tempat yang kurang baik menuju tempat yang lebih baik, dari suatu negeri ke negeri yang lain yang lebih baik. Adapun hijrah maknawi ertinya berpindah dari nilai yang kurang baik menuju nilai yang lebih baik, dari kebatilan menuju kebenaran, dari kekufuran menuju keislaman. Atau dengan kata lain, hijrah kepada jalan yang di redhai Allah dan Rasulnya.
Antara konsep hijrah;
  • Hijrah dalam keyakinan (i‘tiqadiyah).
  • Hijrah dalam pola ibadah (Ta’abbudiyah).
  • Hijrah dalam bentuk moral dan etika (Akhlaqiyah).
  • Hijrah dalam pemikiran dan budaya (Aqliyah Tsaqafiyah).
  • Hijrah dalam institusi keluarga (Usrawiyah).
  • Hijrah dalam konteks sosial kemasyarakatan ( Ijtima’iyah).




Roh Sebenar Hijrah

Roh sebenar hijrah dapat kita hayati daripada butir-butir baiah(perjanjian) al-Aqabah kedua yang dimeterai antara Rasulullah saw dengan beberapa orang Ansar pada musim haji ke-13 kenabian.
Dalam kitab Musnad Imam Ahmad(no 13934-sanad yang hasan), Jabir telah menceritakan peristiwa tersebut. Beliau telah bertanya Rasulullah saw pada hari itu: "Apakah butir-butir perjanjian ini wahai Rasulullah?" Baginda menjawab:
"Berbaiahlah(berjanjilah) kalian semua untuk sentiasa:
  1. Taat kepadaku dalam keadaan rajin ataupun malas.
  2. Mengeluarkan belanja(demi Islam) dalam keadaan susah dan senang.
  3. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
  4. Tegak mempertahankan agama Allah dan tidak mempedulikan celaan para pencela.
  5. Membantuku apabila aku tiba di Yathrib(Madinah).
  6. Menjaga dan mempertahankanku sebagaimana kamu semua mempertahankan diri kamu sendiri, para isteri dan anak-anakmu.
"Bagi kamu Syurga!"(Imam al-Hakim dan Ibn Hibban telah mengesahkan sanad hadis ini dalam kitab mereka).
Dalam kitab Sirah Ibn Hisham(jil. 1, hlm. 440), Ka'ab menyatakan bahawa seramai 73 orang lelaki dan 2 orang wanita telah hadir dalam baiah ini. Setelah selesai MoU ini, Rasulullah saw melantik 12 orang naqib(pembimbing) untuk menjadi pembimbing kepada masyarakat Yathrib sebelum Baginda bertolak ke sana. Mereka terdiri daripada 9 orang puak Khazraj dan 3 orang puak Aus.



Iktibar Buat Ummah

Maka setiap insan yang rindukan Rasulullah saw sewajarnya meneliti satu persatu butir-butir perjanjian al-Aqabah ke-2 ini dengan penuh mendalam, menghayati yang tersurat dan memahami yang tersirat lantas cuba untuk mengaplikasikannya.
Moga-moga kita menjadi ummah yang layak menumpang syafaat Baginda di akhirat kelak. Dalam satu hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud: "Tiada hijrah(ke Madinah) selepas pembukaan Kota Makkah, tetapi yang kekal wujud hanyalah jihad dan niat. Apabila kamu diseru untuk berjihad hendaklah kamu menyahutnya."(Riwayat al-Bukhari no. 2575, Muslim no. 2412)
Imam al-Nawawi menjelaskan maksud hadis dengan menyatakan bahawa umat Islam masih berpeluang mendapat pahala seumpama hijrah dengan melakukan kewajipan berjihad. Roh hijrah daripada Baiah al-Aqabah ke-2 inilah yang mesti dijadikan inspirasi dalam membuat penghijrahan dalam diri sendiri, keluarga dan masyarakat.


Sumber:


Sebuah video yang dirakam ketika khutbah Jumaat yang indah lagi hebat cara penyampaiannya.

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Islamisasi Hijrah

07 December 2010

Mengapa menghadap Kaabah?



Al Kaafiruun - Orang-orang kafir - الْكَافِرُونَ

1. Katakanlah (Wahai Rasulullah): "Hai orang-orang kafir!

2. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah.

4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.

6. "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".


Kita menghadap kiblat kerana perintah Allah. Ia adalah lambang kesatuan ummah.
Jika disuruh menghadap Allah, sudah tentu kita perlu mengetahui di mana kedudukan Allah. Sedangkan mana mungkin kita mengetahui di mana Allah berada. Oleh itu , menghadap Kaabah adalah menifestasi ketaatan kita kepadaNya..

Tidak bermakna kita menghadap Kaabah kita menyembah Kaabah kerana hanya Allah-lah yang layak disembah. Kita ambil satu contoh apabila kita sedang solat di masjid, dan di satu dinding masjid itu terdapat gambar Kaabah, adakah kita akan menghadap gambar itu? Sudah tentu jawapannya tidak. Sebab jika kita menyembah kaabah sudah tentu kita menghadap gambar tersebut.


SYARAT-SYARAT SOLAT

Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai. Perbincangan ini lebih beralih pada syarat sah solat.

SYARAT SAH SOLAT

Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.

Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:

1. Suci daripada hadas kecil dan besar.

2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

4. Menutup aurat.

5. Menghadap ke arah kiblat (Ka‘bah).

Jika kita menghayati syarat tersebut, antara syarat sahnya sesuatu solat itu ialah dengan menghadap ke arah kiblat dan kiblat kita adalah Kaabah. Jika kita bersolat tanpa menghadap ke Kaabah, secara 'automatic'nya solat itu tidak sah. Tetapi ianya dibolehkan atas beberapa sebab yang akan dikemukakan kemudian.


Asal-usul

Inilah indahnya agama Islam, satu-satunya agama yang diredhai Allah dimana setiap ibadatnya ada disiplin, rukun dan syaratnya bagi memastikan ibadat itu diterima Allah SWT.

Agama Islam bukan sekadar agama pada 'nama' tetapi agama yang mengatur dan mendidik umatnya agar sentiasa berada pada landasan yang betul lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan ibadat.

Memang tidak dinafikan Allah tidak bertempat, namun ini tidak bermaksud kita boleh menghadap ke arah mana-mana yang kita mahu ketika solat. Bayangkan sahaja kalau manusia tidak menghadap ke arah Kaabah malahan mengikut sahaja hawa nafsunya, ke mana dia nak hadap, hadaplah dengan alasan Allah SWT berada di mana sahaja.

Hasilnya seorang akan menghadap timur, seorang lagi menghadap barat, seorang berikutnya menghadap selatan. Bukankah keadaan ini lebih tidak berperaturan berbanding dengan mereka yang menghadap ke arah kiblat yang sama dalam solat?

Saya yakin tiada suatu agama pun selain Islam yang menekankan konsep berkiblat. Sebab itulah di dalam al-Quran kitab agung umat Islam dan panduan manusia keseluruhannya telah menegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (al-Baqarah: 144)

Ayat ini turun dilatari dengan ejekan kaum Yahudi yang menggangap Nabi Muhammad kehabisan modal dalam beragama sehingga terpaksa mengambil Baitul Maqdis sebagai kiblat, sedangkan itu adalah kiblat mereka.

Hampir setahun lebih umat Islam berkiblatkan Baitul Maqdis sehingga turun ayat dari surah al-Baqarah ayat 144. Maksudnya menghadap wajah ke arah kiblat adalah syariah yang menuntut sifat taabudiy (patuh semata).

Mengikut fahaman ahlu sunnah-wal-jamaah, Allah SWT tidak bertempat, yang bertempat hanya makhluk. Apabila orang Islam menghadap kiblat itu bukan bermaksud menghadap Allah dalam solat dalam erti kata mengingati Allah SWT.

Ini jelas dalam dalam penjelasan Nabi SAW terhadap soalan Jibril yang bertanyakan apa itu ehsan lantas baginda menjawab yang bermaksud: Ehsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat dia (Allah), kalaupun kamu tidak dapat melihatnya yakinlah dia melihat kamu…(riwayat al-Bukhari no. hadis: 50, Muslim, no. hadis: 8)

Maksud hadis ini ialah melihat kebesaran Allah SWT serta menghayati keagungan-Nya. Dalam keadaan kita berpeluang mencari arah kiblat kita adalah disuruh untuk mencarinya dan memastikannya terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak tahu dan gagal mencari kiblat kita hadapkan wajah ke arah mana pun adalah sah solat tersebut.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. (al-Baqarah: 115)

Di dalam tafsir al-Jalalain ada menjelaskan bahawa: "Kepunyaan Allah jua seluruh alam jagat ini, sebab di mana-mana ada timur dan di mana-mana pun ada barat. Apabila kita tegak menghadap ketepatan matahari terbit maka yang dibelakang kita adalah barat, yang di kanan kita adalah selatan dan di kiri kita adalah utara".

Manakala Pak Hamka dalam tafsir al-Azhar menjelaskan: "Inilah hikmah yang sebenarnya, ke mana kita menghadapkan muka ketika kita beribadat kepada Allah, ketika solat pun, asalkan hati telah dihadapkan kepada Allah maka diterimalah ibadat itu oleh Allah. Sebab Timur dan Barat, Utara dan Selatan Allah jua yang empunya…" (Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar, jld: 1, hlm: 277).

Di dalam hadis yang lain daripada Abudullah bin Abbas baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Baitullah adalah kiblat bagi mereka yang berada dalam masjid, dan masjid adalah kiblat bagi mereka yang tinggal di tanah haram (sekeliling Mekah), dan tanah haram adalah (Mekah) adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi, timurnya dan baratnya dari umatku". (riwayat al-Baihaqiy, Al-Sunan al-Kubra, jld: 2, hlm: 10, al-Syawkaniy, al-Sail al-Jarar, jld: 1, hlm: 172).

Disiplin dalam solat adalah bermaksud disiplin dalam kehidupan. Sekiranya manusia tidak berperaturan seperti mana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam maka manusia akan menggunakan akalnya sendiri yang terhad kemampuannya.

Lebih-lebih lagi dalam soal agama tidak boleh dibiarkan tanpa satu peraturan yang boleh mengikat kesatuan dalam ibadat dan kesatuan dalam kehidupan.

http://www.albakka.com/Gallary_Makkah_Large/makkah_city.gif

Menghadap Kiblat Dalam Solat
Oleh : Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)

Sebelum membincangkan cara-cara yang diajar oleh nabi saw ketika mendirikan solat yang bermula daripada takbir sehingga salam, seeloknya kita membahaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan syarat wajib solat itu sendiri. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam bab ini ialah menghadap ke arah kiblat ketika menunaikan solat. Ia merupakan sesuatu yang wajib, dan solat tidak sah tanpanya.

Landasan utama dalam persoalan menghadap kiblat ketika mendirikan solat ialah firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Dan dari mana saja kamu keluar, maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid al-Haram. Dan di mana saja kamu berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arahnya (QS 2:150)’.

Al-Masjid al-Haram dalam ayat di atas memberi maksud ka’bah iaitu menghadap ke arah kaabah ketika menunaikan solat. Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a, bahawa dia berkata, “Ketika Nabi Muhammad saw memasuki Baitullah (Ka’bah), Baginda berdoa pada semua sisinya, tetapi tidak melakukan solat hingga keluar darinya. Setelah keluar, baginda melakukan rukuk dua kali (solat dua rakaat) di hadapan ka’bah. Lalu baginda bersabda, ‘Inilah Kiblat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, “Hadaplah ke kiblat dan bertakbirlah.” Menghadap kiblat merupakan syarat sah solat kecuali dalam dua keadaan, iaitu ketika keadaan sangat tidak aman dan ketika melakukan solat sunat dalam perjalanan. Dalil yang membolehkan tidak menghadap kiblat ketika mendirikan solat adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan (QS 2:239)

Mengenai penafsiran ayat ini, ‘Abdullah bin ‘Umar r.a mengatakan, “Jika ada rasa takut yang lebih besar daripada itu, hendaklah mereka melakukan solat sambil berjalan dan berdiri atau sambil berkenderaan, sama ada menghadap kiblat atau tidak.” Ia juga turut diperkatakan oleh Imam Malik dalam al-Muwatha’.

Keharusan untuk tidak menghadap kiblat ketika menunaikan solat sunat adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar r.a yang mengatakan, “Rasulullah saw bertasbih (melakukan solat sunat) di atas tunggangannya sambil menghadap ke arah mana saja baginda menghadap dan baginda pun melakukan solat witir di atas tunggangannya itu. Baginda hanya tidak melakukan solat fardu di atasnya.”

Diriwayatkan juga daripada Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah r.a, ia mengatakan, “Rasulullah saw melakukan solat di atas tunggangannya ke mana saja tunggangannya itu menghadap. Jika baginda saw akan mendirikan solat fardu, baginda akan turun dan menghadap kiblat.”
Al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani – dalam al-Fath al-Bari (I:503) mengatakan, “Hadis tersebut menunjukkan tidak boleh membelakangi kiblat dalam mendirikan solat fardu – dengan ijmak, tetapi seseorang diberi rukhsah jika ia dalam keadaan sangat takut.”

Setiap muslim wajib memahami cara-cara untuk mengetahui arah kiblat. Perkara ini sebagaimana diperintahkan Allah SWT kepada Rasulullah saw bahawa setiap orang yang mendirikan solat hendaklah menghadap kiblat. Allah SWT berfirman yang bermaksud:…dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (petunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (QS 16:16).

Termasuk alat petunjuk jalan ialah kompas. Alat ini digunakan oleh manusia moden untuk mengetahui arah kiblat. Setiap muslim diwajibkan mengetahui dalil-dalil atau cara-cara mengetahui arah kiblat, sama ada dengan memerhati terbit dan terbenamnya matahari, melalui penggunaan kompas atau dengan memerhati bayang-bayang ‘kayu’ pada siang hari. Seseorang harus mengetahui arah perjalanan yang sedang dilaluinya, demikian pula arah kiblatnya. Begitulah sebaiknya dilakukan insan Muslim yang memerhatikan kepentingan agamanya, sebagaimana yang dilakukan para sahabat Rasulullah saw .

Imam an-Nawawi mengatakan, “Jika seseorang Muslim tidak mahu belajar lalu bertaklid (mengikuti yang lain) maka tidak sah solatnya, kerana ia telah meninggalkan tugasnya dalam istiqbal (upaya untuk menghadap kiblat). Akan tetapi, jika ia tidak mengetahui arah kiblat kerana ia tidak termasuk orang yang mampu mengetahui kerana bukan ahlinya, atau ia tidak mendapatkan seseorang (guru) tempat belajar masalah itu, sedangkan waktu solat telah sedikit, atau mungkin ia buta, maka yang difardukan kepada orang seperti itu adalah taklid (mengikuti tanpa mengetahui dalilnya).”

Taklid yang dimaksudkan adalah mengikuti perkataan atau pendapat orang lain yang disandarkan pada ijtihad. Akan tetapi jika orang yang diharuskan bertaklid itu tidak mendapatkan orang yang ditaklidnya, maka mereka hendaklah melaksanakan solat – untuk menghormati waktu ibadat – dalam keadaan seadanya. Kemudian ia hendaklah mengulanginya lagi kerana perbuatan itu termasuk uzur yang jarang terjadi. Hal ini perlu dilakukan setiap Muslim kerana menghadap kiblat merupakan syarat sah solat. Syariat tidak menggugurkan kewajipan menghadap kiblat kecuali dalam keadaan sangat tidak aman atau ketika melakukan solat sunat dalam perjalanan.

Perlu diketahui, jika seseorang baru memasuki satu daerah, ia tidak boleh terus mendirikan solat sebelum mengetahui arah kiblat yang tepat. Ia harus berusaha mengetahui perkara itu, contohnya dengan cara bertanya penduduk setempat atau mencari masjid di daerah tersebut. Jika ia melakukan solat tanpa mengetahui terlebih dahulu arah kiblatnya, kemudian ada orang lain yang memberitahu arah kiblat yang sebenar, maka ia harus mengulangi solatnya kerana solatnya tidak sempurna.

Wallualam.


Apakah Maksudnya Menghadap Kiblat?

Iaitu:
Menghadap ain/tubuh kiblat dengan dada yakni wajib membetulkan sekelian badannya pada kiblat dan dadanya menghadap kiblat. Sekiranya terkeluar sebahagian badannya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya, begitu juga jika berpaling dadanya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya. Yang dikehendaki dengan menghadap dada kepada kiblat ialah lintang dada dari bahu kanan hinga bahu kiri.

Menghadap kiblat itu sama ada dengan yakin seperti berada di hadapan Kaabah atau dengan zan yakni mengetahui ain/tubuh Kaabah dengan jalan ijtihad bagi mereka yang tidak nampak Kaabah.

Keadaan yang mengharuskan meninggal menghadap kiblat:

1. Ketika bersangatan takut pada perang yang harus seperti perang muslimin akan kafir harbi, atau perang pemerintah yang adil akan penderhaka. Apabila sembahyang mereka ini tanpa menghadap kiblat maka tidak wajib mengulang sembahyang atau menqadanya.
Maksud mengulang ialah diulang sembahyang dalam waktu, dan maksud qada ialah melakukan sembahyang pada luar waktunya.

2. Sembahyang sunat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunat musafir dengan tidak menghadap kiblat bagi mereka yang bermusafir kerana hendak buat maksiat.

Panduan Mencari arah Kiblat

Jika kita tersesat di dalam hutan di waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat ketika itu, maka kita boleh berpandukan bintang-bintang yang ada di langit. Namun jika bintang-bintang pun tidak kelihatan kerana cuaca mendung ataupun berjerebu, ketika dalam keadaan darurat itu maka kita bolehlah menghadap ke arah manapun yang kita anggap betul ketika itu, kerana yang paling penting saat itu adalah kiblat hati iaitu kepada Allah SWT.

Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)

Berkaitan adakah solat itu diterima atau tidak oleh Allah, itu adalah urusanNYA. Berdoalah agar solat itu diterima dan sebaik-baiknya selalu kita mengqada' solat yang lalu kerana kealpaan, kecuaian dan ketidak sempurnaan.(qada solat ketika kita jahil ini ibarat membayar hutang,kerana kelalaian diri kita sendiri)

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/99/Kompas_Sofia.JPG


■ Menggunakan Kompas

Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh kompas adalah arah yang merujuk kepada arah utara magnet. Arah utara magnet ternyata tidak mesti sama dengan arah utara sebenarnya. Perbedaan arah utara ini disebut sebagai sudut serong magnet atau deklinasi yang juga berbeda disetiap tempat dan selalu berubah sepanjang tahun. Satu lagi masalah yang bisa timbul dari menggunakan kompas ialah tarikan gravitasi setempat dimana ia terpengaruh oleh bahan-bahan logam atau arus listrik di sekeliling kompas yang digunakan. Namun ia dapat digunakan sebagai alat alternatif sekiranya alat yang lebih teliti tidak ada.

■ Menggunakan Theodolit

Teodolit merupakan antara alat termoden yang dapat digunakan oleh kebanyakaan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat. Theodolit dapat digunakan untuk mengukur sudut secara mendatar dan tegak, dan juga memberi memiliki akurasi atau ketelitian yang cukup tinggi dan tepat. Untuk mengendalikan alat ini diperlukan operator yang terlatih dan menguasai teknik penggunaan theodolith secara benar.



■ Kaedah Posisi Matahari pada Azimuth Kiblat

http://www.stanford.edu/~jbaugh/saw/studentphoto/Scenery/CampsBaySunset.JPG

Dalam peredarannya, matahari mengalami gerak yang disebut gerak harian matahari atau gerak musim. Pada hari-hari tertentu terlihat dari sebuah wilayah maka posisi matahari akan bertepatan dengan azimuth arah kiblat dari wilayah tersebut. Dengan menggunakan perhitungan rumus segitiga bola dan rumus mencari posisi azimuth matahari akan diketahui apabila matahari akan memiliki azimuth yang sama dengan arah kiblat.

  • Buruj Bintang
Buruj bintang tertentu yang boleh dan sesuai menjadi penunjuk arah, membolehkan pemerhatinya menganggarkan arah kiblat berdasarkan kedudukan bintang/buruj berkenaan. Contohnya, buruj Biduk (Ursa Major) menjadi petunjuk arah utara. Dengan pengetahuan bahawa arah kiblat bagi Malaysia adalah anggaran 68 darjah ke barat dari buruj tersebut, anggaran arah kiblat dapat dibuat.

Selain itu, Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat, lihat Rajah di bawah;




Selain daripada buruj Orion (Belantik), arah kiblat juga boleh ditentukan dari arah utara dan selatan yang ditunjukkan oleh beberapa buruj bintang. Setelah diketahui kedudukan utara, maka arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan bezaan sudut di antara arah utara dengan arah kiblat. Untuk mengetahui arah kiblat dari mana-mana tempat di Malaysia, bukalah sudut sebesar 68° ke kiri, iaitu arah kiblat yang dikehendaki. Selain dari bintang kutub, anda juga boleh menggunakan arah selatan yang ditunjukkan oleh buruj Pari atau Salib Selatan (Crux).

(Nota : mungkin memerlukan sedikit ilmu falak dalam menentukan kiblat berdasarkan bintang-bintang)


ILMU FALAK
Menentukan Arah Kiblat


Pendahuluan
Kiblat berasal dari bahasa Arab ( قبلة ) adalah arah yang merujuk ke suatu tempat dimana bangunan Ka’bah di Masjidil Haram , Makkah, Arab Saudi. Ka’bah juga sering disebut dengan Baitullah (Rumah Allah). Menghadap arah Kiblat merupakan suatu masalah yang penting dalam syariat Islam. Menurut hukum syariat, menghadap ke arah kiblat diartikan sebagai seluruh tubuh atau badan seseorang menghadap ke arah Ka'bah yang terletak di Makkah yang merupakan pusat tumpuan umat Islam bagi menyempurnakan ibadah-ibadah tertentu.

Pada awalnya, kiblat mengarah ke Baitul Maqdis atau Masjidil Aqsa Jerusalem di Palestina, namun pada tahun 624 M ketika Nabi Muhammad SAW hijrah ke Madinah, arah Kiblat berpindah ke arah Ka’bah di Makkah hingga kini atas petunjuk wahyu dari Allah SWT. Beberapa ulama berpendapat bahwa turunnya wahyu perpindahan kiblat ini karena perselisihan Rasulullah SAW di Madinah.

Menghadap ke arah kiblat menjadi syarat sah bagi umat Islam yang hendak menunaikan shalat baik shalat fardhu lima waktu sehari semalam atau shalat-shalat sunat yang lain. Kaidah dalam menentukan arah kiblat memerlukan suatu ilmu khusus yang harus dipelajari atau sekurang-kurangnya meyakini arah yang dibenarkan agar sesuai dengan syariat.

Hukum Arah Kiblat

Kiblat sebagai pusat tumpuan umat Islam dalam mengerjakan ibadah dalam konsep arah terdapat beberapa hukum yang berkaitan yang telah ditentukan secara syariat yaitu:

a. Hukum Wajib

1. Ketika shalat fardhu ataupun shalat sunat menghadap kiblat merupakan syarat sahnya shalat

2. Ketika melakukan tawaf di Baitullah.

3. Ketika menguburkan jenazah maka harus diletakkan miring bahu kanan menyentuh liang lahat dan muka menghadap kiblat.

b. Hukum Sunat

Bagi yang ingin membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, tidur (bahu kanan dibawah) dan lain-lain yang berkaitan.

c. Hukum Haram

Ketika membuang air besar atau kecil di tanah lapang tanpa ada dinding penghalang.

d. Hukum Makruh

Membelakangi arah kiblat dalam setiap perbuatan seperti membuang air besar atau kecil dalam keadaan berdinding, tidur menelentang sedang kaki selunjur ke arah kiblat dan sebagainya.

Dalil Al-Quran Berkaitan Arah Kiblat



Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Artinya :"Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan shalat) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah). Sesunggunya perintah berkiblat ke Ka'bah itu benar dari Allah (tuhanmu) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan".




Surah Al-Baqarah ayat 150:
Artinya: "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah) dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)".



Hadis mengenai arah kiblat




Dari Abu Hurairah r.a.
" Dari Abu Hurairah ra katanya : Sabda Rasulullah saw. Di antara Timur dan Barat terletaknya kiblat (Ka'bah) ".




Dari Anas bin Malik r.a.
"Bahwasanya Rasullullah s.a.w (pada suatu hari) sedang mendirikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis. Kemudian turunlah ayat Al-Quran: "Sesungguhnya kami selalu melihat mukamu menengadah ke langit (berdoa mengadap kelangit). Maka turunlah wahyu memerintahkan Baginda mengadap ke Baitullah (Ka'bah). Sesungguhnya kamu palingkanlah mukamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Kemudian seorang lelaki Bani Salamah lalu, ketika itu orang ramai sedang ruku' pada rakaat kedua shalat fajar. Beliau menyeru, sesungguhnya kiblat telah berubah. Lalu mereka berpaling ke arah kiblat". (Diriwayatkan Oleh Muslim )


Berdasarkan ayat Al Qur'an dan hadits yang telah dinyatakan maka jelaslah bahwa menghadap arah kiblat itu merupakan satu kewajipan yang telah ditetapkan dalam hukum atau syariat. Maka tiadalah kiblat yang lain bagi umat Islam melainkan Ka'bah di Baitullah di Masjidil Haram.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPqusOE6hkZLuaG8ZXDJ71YP6JzpYbu2mLWaQ-fsMUIeg5eGL_Er-eKgp5i7Em0o0Jm5hWemhLieFe3rv32Fc_3whX6hnLDtzDO6UQlbMweggsD1BH7mOPxNM34Ch3JHCHVbQSZmxPmI4/s1600/kaabah-3.jpg

PERMASALAHAN PENENTUAN ARAH KIBLAT

Terdapat beberapa faktor penyebab sehingga arah kiblat dianggap tidak penting. Selain itu sering terjadinya konflik berkaitan isu pengukuran arah kiblat yang benar. Diantara penyebab itu misalnya:

■ Tidak ada kepedulian

Terdapat sebagian umat Islam yang mengambil sikap acuh dan menganggap kelonggaran yang diberikan oleh hukum syar'a yang membenarkan cukup hanya menggunakan kaedah qiblat secara dzani saja. Masalah ini berkaitan dengan Al-Quran Surat Al Baqarah ayat 144 yang berbunyi :


" Maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram dan dimana saja kamu berada hadapkanlah mukamu ke arahnya ".



Perlu diketahui bahwa akibat yang akan terjadi karena serongnya arah kiblat terhadap ka'bah yang hanya seluas 12 x 10.5 x 15 meter serta jarak yang jauh dari Indonesia sekitar 8000 km, maka selisih 1° akan menyebabkan pergeseran sebesar 140 kilometer di Utara atau Selatan Mekkah.



■ Kurangnya Pengetahuan Masyarakat

Kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai kaedah penentuan arah kiblat baik secara tradisional maupun moden menyebabkan banyak sekali terdapat kekeliruan terhadap kenyataan arah kiblat yang ada di masyarakat. Kebanyakkan umat Islam sekarang lebih cenderung menggunakan kiblat masjid mengikut tradisi lama yaitu dari generasi ke generasi dan tidak pernah dikur ulang ketepatannya. Begitu juga dalam menentukan arah kiblat di pemakaman, bahkan hanya ditentukan oleh penggali kubur, padahal mereka juga tidak begitu mahir dalam menentukan arah yang tepat ke kiblat.



■ Ketiadaan peralatan moden untuk melakukan pengukuran

Sewajarnya umat Islam perlu memiliki alat sekurang-kurangnya kompas untuk menetukan arah kiblat. Selain itu juga amat perlu untuk mempunyai kesadaran tentang pentingnya ilmu falak bagi menghindari kesalahan dalam menentukan ketepatan arah kiblat.

Akhirnya, semoga risalah kecil ini akan mampu memberi kefahaman kepada kita tentang pentingnya ketepatan dalam menentukan arah kiblat yang menjamin sahnya ibadah kita. Kesedaran kita adalah amat penting dan rasa bertanggungjawab untuk memastikan bahwa amalan yang dilakukan berada dalam keadaan yakin dan seandainya masih ada keraguan-keraguan tidak ada salahnya untuk meminta bantuan kepada lembaga-lembaga falak yang ada.

Perkongsian dari : Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Negeri Selangor

Post diadaptasi dari perbincangan di: http://halaqah.net/v10/index.php

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

READ MORE- Mengapa menghadap Kaabah?

26 November 2010

Aku mencintaimu kerana Allah!


Rasulullah bersabda;
'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)

Fitrah!
Apa rasionalnya topik ini dibincangkan? Ianya kerana rata-rata golongan manusia termasuk para dai'e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia dengan cinta.
Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 45)




Layakkah?
'Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah". Persoalannya di sini adakah kita sudah mencintai Allah? Mencintai Allah dalam erti kata sebenar ialah mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Kita lihat kini, ramai yang sudah mencintai orang lain seawal umur darjah 5, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri mereka sendiri? Jawapannya terdapat pada hubungan itu samaada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.
Firman Allah;
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (QS. 45:23)

Fahami!
Perlu difahamkan di sini dengan sejelas-jelasnya bahawa cinta itu ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan 'contact' badani iaitu pergaulan bebas. Ingatlah,
"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan." ( al-farabi)
Yang menghairankan bahawa umat islam sendiri pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina. Beginilah akibat 'islamophibia'. Pesanku, 'berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jaat, buruk dan 'cacat'. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan."

Peraturan cinta!
Menurut buku'Tentang Cinta' karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi terdapat 2 peraturan untuk melayakkan seseorang itu bercinta;
  1. Hendaklah cinta kita itu didasarkan pada cinta Allah
  2. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
"Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa'.



Hayati firman Allah melalui lidah kekasihnya, Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Cinta sejati?
Menurut pakar psikologi, "cinta itu komitmen, tanggungjawab dan amanah". Menurut kamus dewan ke-IV pula cinta merujuk kepada perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan, perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu. Cinta itu terlalu abstract dan bersifat maknawi ia juga amat universal. Hukama ada berkata, "cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kerana kesalahan". Cinta sejati itu dialirkan oleh Allah ke dalam hati, ia muncul dari dalam ke luar iaitu dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Oleh itu, cinta tidak akan dapat di'tidak'kan tetapi ia hanya perlukan pengawalan yang ketat.

Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati
Cinta ini pasti akan diuji kerana itu sudah tradisi janji...
(Jendela Hati 1993)



Nabi bersabda;
"Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya". ( al-Bukhari, Kitab: Adab X/573, No. 6170. Muslim, Kitab: Kebajikan, Silaturrahmi dan Adab IV/2034, No. 2641)

Tips, anda sudah bersedia jika?
  • Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
  • Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh agama.
  • Sudah 'lepas' ilmu fardu ain dan mempunyai tahap akademik yang baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai pekerjaan yang tetap. Kepada yang masih belajar, bolehlah mencuba nikah kitbah atau gantung.[Link]
  • Sudah istiqomah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim sejati dalam erti kata yang sebenar.
  • Jangan lupa matangkan diri anda kerana orang yang matang ialah mereka yang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang tenang.



Jadi Soleh bukan cari solehah!
Firman Allah;
Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...(QS. 24:26)
"Cinta yang dicari adalah baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik". Ingatlah bahawa, "kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya".( Hamka)
Oleh itu, jadilah seorang yang soleh dahulu baru cari yang solehah ya!
Kalau da suka, jangan lupa beritahu!
Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya."(Hadis sahih Abu Daud, Kitab: Adab IV/332, No. 5124)



Kisah Ummu al-Darda'
Nama asalnya ialah Hujaimiah al-Himyarian. Beliau adalah isteri Abu al-Darda', seorang sahabat Nabi saw yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.
Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, " Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda' meminangku di dunia, lalu kau menikahi. maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga".
Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia".

Terima kasih sahabat atas nasihatmu;
Peliharalah diri dan hatimu,
Buat 'ajnabi yang halal' untukmu,
Jagalah mahar cintamu agar,
Tidak tercemar dek tafsiran hati yang masih sangsi,
Hamparkanlah rasamu hanya untuk 'Dia' yg selayaknya...


Nukilan hati Hamba buat 'sidia'

Ya Allah, engKau perkuatkanlah mujahadah ku melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan...
Ya Allah, engKau titipkanlah kasih sayang di antara kami berdua dengan keredhaan Mu...
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah kerana Mu...
Maka, engKau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan CINTA MU...
Jauhilah kami dari pelbagai jenis zina mahupun maksiat yang akan mengundang kemurkaanMu semasa dalam perhubungan ini...
Allah, aku berpegang pada firman Mu melalui lidah kekasih Mu Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang tidak menyayangi sesama manusia, nescaya Allah tidak menyayanginya.(Sahih al-Bukhari, 7376, 6013, Sahih Muslim 2319)

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw;
"Seorang wanita itu dikahwini kerana 4 hal; 1-hartanya, 2-nasab keturunannya, 3-kecantikannya atau kerana 4-agamanya. carilah wanita yang beragama, nescaya kamu akan bahagia."( Bukhari, Kitab: Nikah IX/35, No. 5090. Muslim, Kitab: Penyusuan II/2086. No. 1466)

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.


Komik Cinta Anta Anti!


READ MORE- Aku mencintaimu kerana Allah!

16 November 2010

LAWAN HAWA NAFSUMU!




Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.”

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?

MANUSIA DAN MUJAHADAH

Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.

Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:

i) Telah menyerah kalah.

Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: ”Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah: 23)

ii) Sedang dan sentiasa berperang

Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”


iii) Orang yang telah menang

Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.

ERTI MUJAHADAH DAN KEPENTINGANNYA

Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah. Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib.” Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah: “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (Surah al-Naziat: 40-41)

Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah: Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuk jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang buat baik.”

Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya: “Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.” Baginda juga bersabda: “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.”

Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah “mujahadah” berasal daripada kata “al-jihad” iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul. Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali: Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

Selain itu ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.

Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya, kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja. Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:”Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya.”

PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU

Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

i) Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.

Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa). Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.

Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.

ii) Membebankan nafsu itu dengan ibadah.

Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.

Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran, hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

iii) Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.

Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:

“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”


Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

LANGKAH-LANGKAH JALAN MUJAHADAH

Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:

i) Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.

Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib. Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.

ii) Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.

Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh? Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.

iii) Mempraktikkan ilmu.

Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting. Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.

Semua itu kerana mereka belum ‘mahu’, dan baru sekadar ‘tahu’. Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktiokkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu ‘tahu’ tempat letakkannya di akal tetapi ‘mahu’ itu letaknya di hati.

iv) Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.

Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar “hangat-hangat tahi ayam”. Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran. Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.

Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit.”

“Alah bisa, tegal biasa,” begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan. Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya. Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.

Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan. Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerakan kepada pembangunan ummah. Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.

Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah. Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).

Jangan menoleh ke belakang… tempuhlah jalan mujahadah. Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah. Tidak ada jalan pintas!
Edit by: Muhammad Aiman
Post by: Ghaz! (Saufi)
READ MORE- LAWAN HAWA NAFSUMU!

12 November 2010

Realiti!



Ku langkahkan kaki ini...
Di hangat mentari pagi...
Ku syukuri hari ini...
Aku masih berdiri!


Di kejauhan,


Alhamdulillah...


Tiada Tuhan melainkan Allah...
Ya!
Allah Maha Agung...
Kini Iman terasa manis umpama manisnya kurma pada tekak yang kehausan gula...


Realiti!

Imbauan ku terhenti pabila fikiranku menerbitkan soalannya...
Sudah Islam kah aku?
Rukun Islam telah ku turuti dengan sebaik mungkin...
Tapi,
Banyak lagi kehidupan Islami yang tidak diaplikasikanku...
Mungkinkah kerana diriku?
Atau keadaan sekeliling yang memaksaku?
Solatku bagaimana?
Sungguh kekhusyukan itu masih belum ku temui seperti;
Khusyuknya pada sahabat Nabi saw sehingga panah yang dicabut tidak mendatangkan reaksi walau sedikitpun...

Lalu ku melihat alam...
Mencari sekolah insan seperti firman Allah;
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.(Ali-Imran: 190-191)
Ku dapati kini manusia semakin sibuk dengan kerjanya...
Menyara hidup anak-anak yang berada di dalam pangkuannya...
Tetapi,
Mereka silap...
Kerana kesibukan mereka,
Anak-anak yang menjadi lebih terdidik sehingga memperhambakan ibubapa mereka...
Kelalaian yang dibalas dengan kelalaian...
Allah itu Maha Adil...

Islamkah?

Aku melihat lagi di sebalik kesibukan kota...
Ku lihat beribu manusia berjalan menuju ke destinasinya...
Persoalan lalu timbul kembali...
Islamkah negara ini?
Atau hanya majoriti penduduknya yang mengakui Islam pada lahiriah dan lafaz semata-mata?
Atau memang islam semakin menjadi asing...
Sepertimana firman Nabi Muhammad saw;
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing"
Dr Syeikh al-Qardawi juga telah memfatwakan bahawa;
Zaman ini merupakan zaman gharib(asing) yang kedua...
Asingkah aku?
...
Mata pena menghabiskan nukilanku pada kali ini...
Pesananku;
"Islam itu mudah tetapi jangan dipermudah-mudahkan".
Wassalam...



Rintihan

Begitulah rintihan seorang pemuda yang kini semakin mengenali Islam tetapi malangnya Islam pula semakin tidak dikenali orang Islam. Seorang pemuda yang mencari kebenaran tetapi acap kali kebenaran itu diselaputi kebenaran yang dipalsukan. Ke mana perginya Islam? Islam yang pernah menaungi 2/3 dunia.

Adakah kau lupa...
Kita pernah berjaya...
Adakah kau lupa...
Kita pernah berkuasa...

Memayungi dua pertiga dunia...
Menrentas benua melayar samudera...
Keimanan juga ketaqwaan...
Rahsia mereka capai kejayaan...
....
Begitu lirik hasil gubahan: Alarm Me



Globalisasi

Merujuk kepada perubahan ke arah dunia tanpa sempadan.(Dipetik dari buku teks Sejarah ting. 5). Sungguh! Benarlah takrifan globalisasi yang diagung-agungkan selama ini. Dunia kini sudah tiada sempadan. All EQUAL=SAME. Lihat saja, pergaulan harian yang berunsurkan zina. Umumnya, orang mentafsirkan zina itu sebagai persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri)(Kamus Dewan edisi ke IV). Padahal Rasulullah ada berfirman;
"Telah ditentukan bagi anak Adam(manusia) bahagian zinanya, di mana ia pasti melakukannya. Zina kedua mata ialah memandang, zina kedua telinga ialah mendengar, zina lisan adalah berbicara, zina tangan adalah menyentuh, zina kaki ialah berjalan, dan zina hati ialah bernafsu dan berangan-angan. Semua itu dibuktikan atau tidak dibuktikan hanya oleh kemaluan."(Al Bukhari, Kitab: Takdir XI/511, no 6612. Muslim, Kitab Takdir IV/2046 no 2657).
Wajarnya manusia menitik berat akan hal ini dan bukan memanjakannya dengan panggilan 'terlanjur' dan sebagainya yang bersifat lebih baik.


Malu?

Dari Abu Sai'id al-Khudri ra, ia berkata;
Rasulullah itu sangat pemalu, melebihi malunya seorang gadis yang dipingit. Ketika melihat sesuatu yang tidak beliau sukai, kami dapat mengetahuinya daripada raut wajahnya."( Bukhari, Kitab: Biografi-biograpi VI/654, No 3563. Muslim, Kitab: Keutamaan-keutamaan IV/1809, No.2320)
Para ulama mengatakan, "Hakikat malu adalah budi pekerti yang mengajak untuk meninggalkan kejelekan dan mencegah dari mengurai hak orang lain.
Disebutkan dalam riwayat Abul Qasim al-Junaid, ia berkata;
"Malu adalah memandang kebaikan dan melihat kekurangan diri sendiri. Dari Keduanya, lahirlah perasaan yang disebut malu."
Permasalahannya di sini, manusia kini suka membanggakan diri-diri sendiri. Walaupun bukan secara lisan tetapi secara perbuatan. Disebabkan itu, manusia suka mendedahkan aurat mereka kononnya mereka cantik. Tetapi hakikatnya, ia hanya di sisi pandangan manusia sahaja.



Musuh anda siapa?

Islam kini terdedah kepada pelbagai musuh sama ada dari luaran dan dalaman. Seringkali kita menyangka bahawa Yahudi dan Nasrani musuh Islam. Tetapi acap kali kita lupa akan golongan-golongan munafik yang berselindung di bawah panji-panji Islam kononnya membantah itu dan ini tetapi masih berlegaran di Starbucks, menghisap rokok asal dari Yahudi dan yang sewaktu dengannya. Selamatkanlah orang Islam sendiri sebelum hendak menyelamatkan orang bukan Islam yang lain. Hairannya kini, orang Islam sendiri yang memperlekehkan Islam, orang Islam sendiri yang berpakaian seperti telanjang, orang Islam sendiri yang merosakkan Islam. Sungguh, golongan asing kini semakin asing dan akan terus mengasing. Bersatulah wahai MUSLIMIN!

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Realiti!

05 November 2010

Tangislah padaNya!



Yazid bin Maisarah rah. berlata, "Tangisan berlaku kerana tujuh sebab, ,pertama kerana gembira, kedua kerana gila, ketiga kerana sakit, keempat kerana gementar, kelima kerana menunjuk-nunjuk, keenam kerana mabuk dan ketujuh kerana takutkan Allah swt. Tangisan yang terakhir ialah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja.(Dipetik daripada kitab 'Jilid Amal', Kisah Para Sahabat: Bab 2 halaman 47-48)

Cinta Insani Vs Cinta Ilahi

Di kantin SMK Tebobon.

Fatimah, kenapa kamu ni? Tak ada apa-apalah Aisyah. Saja nak bersendirian(Helahnya). Boleh saya duduk disini? Pinta Aisyah Humaira meminta. Boleh, duduklah.

Kelihatan kelibat seorang lelaki berjalan melintasi mereka.

Fatimah mula menundukkan pandangannya. Lalu kelihatan setitik demi setitik air mata nan suci jatuh dari kelopak matanya. Fatimah, awak okey kah ni? Erm... Sebenarnya saya baru sahaja putus hubungan dengan si dia, luah Fatimah seakan merintih. Si dia? Siapa? Balas Aisyah. Namun tiada tutur kata yang terbit dari bibir Fatimah untuk menjawab persolan itu.

Fatimah, awak tahu tak? Cinta Ilahi itu lebih berkekalan daripada cinta insani ini. Tahu mengapa?(Fatimah mengangguk). Ianya kerana perhubungan di dunia ini hanyalah bersifat sementara sedangkan Allah swt bersifat kekal. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya seperti pertemuan dan perpisahan dan kehidupan dan kematian. Semua itu pasti akan berlaku. Jadi, mengapa hendak merobek kesucian hati dengan cinta yang melalikan ini? Allah swt berfirman; "Janganlah kamu menghampiri zina". Anggaplah semua itu sebagai pengajaran pada kita yang sering melakukan kesalahan ini.

Loceng sekolah berbunyi.

Kring... Kring... Ingatlah, "menangislah kerana Allah dan janganlah kamu menangis kerana isi dunia". Saya masuk kelas dulu ya. Selamat tinggal.




Remaja

Begitulah kisah cinta remaja yang hampir sentiasa diakhiri dengan tangisan juga diakhiri dengan zina dan perkara yang menghampiri zina. Cukuplah sudah kita memanjai remaja kita sehingga nak ucap zina pada mereka pun tak sanggup. Hadapilah kenyataan! Tetapi anehnya, manusia tidak pernah puas! Mengapa? Kerana itulah fungsinya nafsu. Senantiasa melalaikan iman dan akal.
Mengapa kita sering merawat daripada mencegah? Bukankah pepatah melayu menukilkan 'mencegah itu lebih baik daripada merawat'. Lupakah kita atau buat-buat lupa?



Tangisan itu untuk siapa?

Semestinya tangisan itu untuk si Pencipta Tangisan kerana hanya dia yang berhak menerima tangisan itu. Seperti mana si pembuat kerusi yang berhak menerima pujian atas hasil kerjanya(kerusi).
Pada suatu ketika Rasulullah saw telah menagis sepanjang malam dan mengulai ayat ini sehingga ke pagi.
Mafhumnya;
"...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).
Lihatlah bagaimana cintanya seorang lelaki terbaik pada Penciptanya sambil merintih dan menangis mengharapkan keredhaan Allah swt. Seorang lelaki yang maksum dan bersih daripada dosa-dosa.SubhanAllah! Kita pula bagaimana? Adakah kita menangis keranaNya atau menangis kerana dunia yang rapuh ini?
Dari al-Aghar bin Yasar al-Muzani wa, ia berkata, Rasulullah bersabda;
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kalian kepada Allah dan mohonlah ampun kepadaNya, kerana sesungguhnya aku saja setiap hari bertaubat sebanyak seratus kali.(Muslim, Kitab: Zikir, Doa dan taubat IV/2075 No.2702).

Pemurahnya Dia!

Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari, dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Sesungguhnya Allah selalu membuka tangan-Nya pada waktu malam supaya orang yang bersalah pada siang hari mahu bertaubat. Dan Allah swt juga membuka tangan-Nya pada siang hari supaya orang yang bersalah pada malam hari mahu bertaubat sampai matahari terbit dari barat."(Muslim, KItab: Taubat IV/2113 No.2759)



Jangan pula diambil kesempatan!

Maklumlah, kini manusia semakin pandai memutarbelitkan kenyataan. Sama juga halnya tentang hadis Nabi saw mengenai pandangan lelaki terhadap wanita. Oleh kerana pandangan pertama tidak berdosa, lalu dipandang lama-lama. Tidakkah itu kelakuannya orang yang mempersendakan agama?Ingatlah,
Allah berfirman;
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.(Al-A'raf ayat 34)

Hayatilah video ini...




Islam itu gaya hidup, gayakanlah hidupmu dengan Islam!

Allah berfirman;
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.(al-Ahzab ayat 35)

Jangan sesekali biarkan gelaran umat terbaik itu ditarik kembali sepertimana pada kaum Israel!

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.
READ MORE- Tangislah padaNya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...