Sekadar untuk tontonan . . .
Diriwayatkan . . .
Semasa Nabi saw pulang daripada satu Ghazwah (peperangan yang disertai Baginda), Baginda telah berhenti di suatu tempat pada waktu malam. Baginda saw telah bertanya, "Siapakah yang akan berjaga dan berkawal pada malam ini?"
seorang sahabat Muhajir, Hazrat 'Ammar bin Yasir r.anhuma dan seorang sahabat Ansar Hazrat 'Abbad bin Bishir r.anhuma telah menawarkan diri, "Kami berdua akan berkawal".
Rasulullah saw mengarahkan mereka berdua supaya berkawal di satu bukit kerana musuh mungkin akan datang dari arah itu. Mereka berdua pun pergi ke sana.
Apabila tiba di sana, Hazrat 'Abbad telah berkata kepada Hazrat 'Ammar, "Kita bahagikan malam kepada dua bahagian, satu bahagian kamu tidur dan saya berjaga sementara satu bahagian lagi kamu berjaga dan saya pula tidur. Sekiranya kedua-dua kita berjaga sepanjang malam mungkin kedua-dua kita akan dikuasai mengantuk dan terus tertidur. jika ada apa-apa bahaya yang disedari oleh orang yang berjaga, dia perlu mengejutkan kawannya dengan segera."
Bahagian malam yang pertama jatuh pada giliran Hazrat 'Abbad untuk berjaga sementara Hazrat 'Ammar telah pergi tidur. Hazrat 'Abbad pun memulakan solat. Seorang lelaki daripada pihak musuh telah datang dan dia melihat dari jauh seseorang sedang berdiri lalu dia memanahnya. Apabila dia melihat orang itu tidak pun bergerak, dia memanah untuk kali kedua dan ketiga. Setiap anak panah menebusi badan Hazrat 'Abbad dan beliau mencabut satu demi satu dengan tangannya dan membuang anak panah itu. Kemudian beliau dengan tenang telah rukuk dan sujud. Selepas menyempurnakan solatnya barulah beliau mengejutkan kawannya.
Apabila musuh melihat bahawa di samping hazrat 'Abbad ada orang kedua maka dia telah lari dengan anggapan mungkin ada ramai lagi orang. Apabila kawannya bangun dan melihat pada badan Hazrat 'Abbad terdapat tiga tempat yang sedang mengalir darah maka beliau pun berkata, "Subhanallah", kenapa engkau tidak mengejutkan kau sejak awal-awal lagi?"
Hazrat 'Abbad pun menjawab, "Saya telah memulakan bacaan satu surah (al-Kahfi), hati saya tidak ingin untuk rukuk sebelum menamatkan surah itu. Walaupun demikian, saya terfikir, mungkin saya akan mati dipanah berkali-kali sedangkan tugas mengawal yang diberikan oleh Rasulullah saw tidak akn tercapai. Sekiranya saya tidak berfikir demikian saya rela mati dengan tidak melakukan rukuk dan sujud sebelum surah itu ditamatkan.
Renungan ! ! !
Inilah solat yang merka dirikan dan keseronokan yang mereka rasai dalam menunaikan solat. Panah demi panah menusuk pada badan serta darah mengalir mencurah-curah, tidak sedikitpun mengurangkan kekhusyukan mereka solat mereka. Sebaliknya lihatlah keadaan solat pada hari ini. Hanya gigitan nyamuk sudah cukup untuk menghilangkan tumpuan kita terhadap solat. Apatah lagi jika disengat tebuan.
Attention ! ! !
Di sini ada satu perselisihan pendapat tentang persoalan fikah. Pada pendapat Imam Abu Hanifah rah. wuduk akan batal sekiranya darah keluar dari badan tetapi pada pendapat Iman Syafei rah. wuduk tidak batal. Mungkin itulah pendapat yang dipegang oleh para sahabat tersebut. Ataupun masalah itu belum dikaji lagi kerana Rasulullah saw belum datang melihat mereka ataupun sehingga peristiwa itu berlaku belum ada hukum tentang perkara itu.
No comments:
Post a Comment