Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pada kali ini , amalnyaimar.blogspot.com ingin memaparkan kisah para sahabat-sahabat ketika berhadapan dengan Allah swt iaitu ketika menunaikan solat . . Maklumlah , malam sepuluh terakhir Ramadhan ini kita disuruh untuk memperbanyakkan ibadat kita . . . Tapi , apa guna ibadat yang banyak tetapi tidak khusyuk , tidak mengabdikan diri sebenar-benarnya kepada Allah swt . .
Era globalisasi sekarang telah muncul pelbagai jenis masyarakat islam , ada yang hanya bergelar islam tetapi tidak menunaikan apa yang dipinta , ada juga golongan yang menunaikannya tetapi tidak begitu ikhlas iaitu melakukannya kerana itu kewajipan harian insan yang bergelar muslim dan tidak pula ingin memahami tentang perkara yang dilakukan itu dengan lebih mendalam . . . Islam tidak membunuh pertanyaan , lalu bertanyalah kamu untuk memahami agama ini , tetapi tanyalah pada orang yang berilmu . .dan akhirnya golongan yang ingin mempelajari islam , mempraktikkan islam malah semakin hari semakin ingin memahami islam itu . .
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.(Surah Al-Anfal , ayat 2 )
Diriwayatkan ,
- Semasa Hazrat Hassan mengambil wuduk wajahnya menjadi pucat . Apabila ditanya sebab wajahnya menjadi pucat maka beliau menjawab , Telah datang masanya untuk saya mengadap Allah swt Raja Yang Maha Perkasa . Setelah berwuduk beliau menuju ke masjid dan apabila sampai ke pintu masjid beliau pun berdoa ;
Ya Allah , hambaMu ini berada di pintu Mu . Wahai Pemilik Sifat Yang baik , telah datang kepadamu hamba yang jahat ini . Engkau telah memerintahkan kepada mereka yang baik di kalangan kami supaya memberi maaf kepada orang yang membuat kejahatan . Ya Allah , Engkaulah Yang Maha Berbuat Baik dan akulah yang banyak melakukan kejahatan . Oleh itu , maafkanlah keburukan yang ada padaku dengan kebaikan yang ada padaMu , Wahai Yang Maha Mulia . Selepas itu barulah beliau masuk ke dalam masjid .
- Hazrat Zainul Abidin rah. bersolah seribu rakaat setiap hari . Beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud , walaupun dalam perjalanan mahupun di rumah . Semasa beliau berwuduk , wajahnya berubah menjadi pucat dan badannya menggeletar tatkala berdiri mengerjakan solat . Seorang bertanya sebab berlakunya demikian . Dijawabnya , Tidakkah kamu tahu di hadapan siapakah saya berdiri ? Semasa beliau sedang bersolah , tiba-tiba rumahnya terbakar dan beliau tetap meneruskan solatnya . Apabila ditanya ramai mengenai kebakaran itu , beliau menjawab . Ingatanku terhadap api akhirat telah melupakan api dunia ini .
- Hazrat Ali diriwayatkan bahawa apabilal tiba waktu solat wajahnya akan berubah dan badannya akan menggeletar . Apabila ditanya , beliau menjawab , Sudah sampai masanya untuk menunaikan amanah yang langit dan bumi pun tidak dapt memikul amanah tersebut . Gunung-ganang pun tidak mampu memikul amanah tersebut . Saya tidak tahu sama ada saya mampu menunaikan amanah tersebut atau tidak .
- Seorang menceritakan , Aku menunaikan solat asar di belakang Hazrat Zunnun Misri rah. Apabila beliau menyebut Allah ketika bertakbir maka kehebatan kebesaran Allah menyelubungi dirinya sehingga jasadnya seolah-olah tiada roh lagi serta tidak sedarkan diri . Apabila lidahnya menyebut Akhbar maka hatiku remuk disebabkan kehebatan takbirnya .
- Hazrat Uwais Qarni rah pula kadang-kadang akan menghabiskan sepanjang malam dalam rukuk dan kadang-kadang menghabiskan sepanjang malam dalam satu sujud sahaja .
- Hazrat Isam rah bertanya kepada Hazrat Hatim Zahid Balkhi rah . Bagaimanakah tuan mengerjakan solat ? Beliau memberitahu , Apabila menjelangnya waktu solat aku akan berwuduk dengan sempurna dalam keadaan tenang , kemudian aku menuju ke tempat solat . Aku akan berdiri dengan penuh tenang sambil membayangkan Kaabah berada dihadapanku , titian sirat di bawah kakiku , syurga di kananku , neraka di kiriku , malaikat maut di atas kepalaku . Aku menganggap itulah solatku yang terakhir dan mungkin tidak berpeluang untuk menunaikan solat yang lain . Pada ketika itu , Allah swt sahajalah yang mengetahui keadaaan hatiku . Kemudian dengan perasaan rendah diri aku pun melafazkan Allahu akbar . Selepas itu aku membaca ayat al-Quran dengan menghayati makna-makna bacaan bacaan tersebut . Aku rukuk dengan penuh tawaduk dan sujud dengan perasaan penuh hina .
- Kisah masyur mengenai Hazrat Ali ialah apabila badan beliau terkena anak panah dalam peperangan , biasanya anak panah itu akan dicabut keluar semasa beliau sedang bersolat . Suatu ketika satu anak panah telah tertusuk pada pahanya . Orang ramai cuba menariknya keluar tetapi tidak berjaya lalu mereka pun bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk mencabut anak panah tersebut dikeluarkan ketika beliau bersolat . Apabila beliau mengerjakan solat sunat dan ketika beliau sedang bersujud mereka menyentap anak panah itu sehingga tercabut . Setelah selesai bersolat beliau melihat ramai orang berada berhampirannya . Beliau berkata , Adakah kamu datang untuk untuk mencabut anak panah ? Mereka berkata , Kami telah pun mencabutnya . Kata Hazrat Ali , aku tidak sedar apa-apa pun .
Begitulah sedikit sebanyak kisah-kisah para sahabat ketika bersolat . . Persoalan yang timbul ,adakah kita dapat menahan dalam keadaan sujud sepanjang malam seperti Hazrat Uwais Qarni ? Adakah kita dapat menahan kesakitan panah dicabut ketika bersolat tanpa menyedari apa-apa pun seperti Hazrat Ali ?
Disini ana mengajak antum sekalian untuk kita muhasabah diri kita tentang solat yang kita lakukan . . Nilai diri kita adakah solat yang kita lakukan itu akan diterima oleh Allah swt . Allah berfirman ;
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. ( Surah Al-Ankabut , ayt 45 )
Sesungguhnya solat yang sempurna itu dapat mencegah diri kita dari melakukan perkara mungkar . . Jika kita masih melakukannya , kita kaji solat kita adakah terdapat kesilapan atau adakah kita tidak khusyuk di dalam melakukannya kerana solat itu tiang agama. .Runtuhnya agama itu kerana solatnya . .
Akhir kalam , hayatilah makna surah Al-mukminun ayat 1 hingga 11 . . Moga solat kita diterima oleh Allah swt . .Amin . .
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
No comments:
Post a Comment