Pages

Total Pageviews

20 October 2010

Islam , Dulu dan Kini

DULU

Islam ditakuti bukan kerana keganasan tetapi kerana ketinggian budi pekerti, akhlak, sahsiah sehingga kerajaan Islam menakluki hampir 2/3 dunia. Pelbagai ilmu diterokai dan dikuasai oleh ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, al-Kawarizmi dalam bidang matematik, Ibnu Battuta dan ramai lagi sarjana Islam sehingga pelbagai karya mereka diterjemahkan ke bahasa lain.

KINI

Islam ditindas, dikeji, diperlekehkan, dianggap 'TERRORIST' serta diperangi antaranya Iraq dan Palestin. Banyaknya umat Islam kini ibarat buih di lautan tetapi pecah apabila dihempas ombak. Nak kata pasal ilmu? Islam semakin mundur, jatuh dan tersungkur. Ilmu tidak lagi di amal ibarat pokok yang lebat daunnya tetapi tidak mengeluarkan buahnya. MENGAPA?

DULU

Pemimpin Islam meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas kerajaan. Buktinya, Sultan Muhammad al-Fateh menjatuhkan hukuman kepada tenteranya yang tidak menunaikan solat lima waktu. Khalifah Umar Abdul Aziz semenjak menjadi khalifah hidupnya semakin miskin dan rakyat menjadi kaya sehingga tiada seorang pun yang layak menerima zakat. Berkumandangnya azan untuk Solat Jumaat, para peniaga lantas meninggalkan perniagaannya untuk menyahut seruan ilahi.

KINI

Perlembagaan menjadi tunjang sesebuah kerajaan manakala al-Quran dan as-Sunnah dipinggirkan. Hukuman Islam dikatakan tidak relevan lagi padahal hukuman itu datangnya dari Allah swt dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ditakuti makhluknya. Politik menjadi kotor dengan kegiatan rasuah sedangkan ianya sungguh suci. Kajian mendapati 90% umat Islam di Malaysia tidak menunaikan solat , lalu apa tindakan kerajaan? Ya, Jomheboh tetap dilakukan padahal dulunya Sureheboh telah dihentikan kerana didapati pada pagi selepas Jomheboh condom berhamburan.Rasulullah saw bersabda ;
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama, sesiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya di ameruntuhkan agama(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Lihatnya, betapa runtuhnya agama pada hari ini. MENGAPA?

DULU

Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seboleh-bolehnya tidak terjadi. Lihat saja akan Saiditina Aisyah, beliau menyampaikan ilmu kepada para sahabat dengan menggunakan tabir walaupun tiada dalil yang menyuruh akan kelakuan tersebut tapi kerana ingin menjaga batas-batas pergaulan dia sanggup melakukannya. Aurat ditutup sepenuhnya sehingga hanya mata yang dapat dilihat sedangkan had aurat wanita ialah keseluruhan tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.

KINI

Sungguh hebat dan romantis sekali hubungan antara lelaki dan perempuan. Jangankan menjaga batas-batas pergaulan, aurat juga dibuang ke tepi longkang. Ingatlah wahai orang yang mengaku ISLAM ! Make-up are like accessories, needed if it can please your husband, haram if it is to attract outside people or harm yourself. Makruh if it is for personal grooming. Islam ingin menaikkan maruah dan harga dirimu tetapi engkau pula yang ingin merendahkannya. Tidak keterlaluan jika engkau dikatakan manusia yang TIDAK BERSYUKUR. Jika dilihat dari segi pergaulan, nauzubillah. Berpegangan tangan di khalayak ramai, bercumbuan, berpelukan. Syaitan pun berkata, "Yes ! Banyak kawanku dineraka menemaniku". MENGAPA?

DULU

SOLAT! Masjid dipenuhi dengan orang ramai bukan sahaja pada waktu solat tetapi juga pada waktu-waktu lain kerana di dalam masjid pelbagai aktiviti dilakukan seperti penyampaian ilmu. Apatah lagi pada waktu solat, seumpama solat berjemaah itu sesuatu kewajipan bagi mereka. Pada zaman Kerajaan Usmaniah, Raja Murad II sendiri pergi ke masjid untuk mendengar ceramah para ulama'. Bayangkan jika raja sendiri pergi ke masjid berseorangan tanpa dikawal oleh sesiapa. Nabi saw juga selalu beriktikaf di masjid.

KINI

Seorang rakan saya telah berkata, "Di dalam masjid tidak dapat belajar kerana terlalu selesa". Maksudnya disini, masjid kini lengang, sunyi dan sepi dari jemaah usahkan waktu lain, waktu solat fardu pun hanya satu saf yang dapat dihimpunkan. Sehinggakan cerdik pandai yahudi mengatakan, "Islam tidak akan kuat selagi bilangan jemaah Solat Subuh menyamai bilangan jemaah Solat Jumaat". Jika anda tidak merasa terhina atas kutukan tersebut, sungguh zalim anda pada diri anda. Tidak bersyukur lagikah anda kerana anda mengikuti Mazhab Syafie ? Jika anda tergolong dalam Mazhab Maliki nescaya jika anda meninggalkan solat lima waktu anda dikira telah keluar dari agama Islam. MENGAPA?

DULU

Hebatnya apabila kita meneliti zaman dahulu, Orang Islam hidupnya tidak terpengaruhi oleh harta benda dan kedudukan. Sultan Muhammad al-Fateh tidak dapat dikenali kerana pemakaiannya sama seperti pakaian tentera-tenteranya apabila ditemui oleh utusan Raja Konstantine sewaktu ingin menakluk konstantinopel(Istanbul). Apabila ditanya mengapa? Beliau berkata, "Setiap manusia adalah sama darjatnya disisi Allah kecuali ketakwaan padaNya". Khalifah Umar Abdul Aziz pula sehingga tidak mampu untuk membeli sebiji anggur pun untuk dirinya kena dia mengidam. Apa yang dikatakannya? "Sesungguhnya ketakutanku pada api neraka telah menghilangkan keinginanku untuk memakan anggur yang bukan berhasil dari duitku".

KINI

Duit, harta dan kedudukan menjadi segala-segalanya. Lahirlah ramai Firaun moden yang mencari kedudukan, Haman moden yang mencari pangkat dan Qarun moden yang mencari duit sahaja. Seruan ilahi sudah tidak dihiraukan lagi malah diperlecehkan oleh sesetengah pihak. Hidup pemimpin semakin kaya tetapi dalam sedar tak sedar mereka semakin rugi di akhirat kelak. Setiap manusia itu akan ditanya akan pimpinannya di akhirat kelak. Bayangkan betapa banyaknya dosa pemimpin jika rakyat yang dipimpinnya sendiri tidak menegakkan kewajipan mereka. Wow , negara semakin maju. Betul! Tapi hanya LAHIRIAH dan BUKAN ROHANIAH! MENGAPA?



Jika hendak diperdebatkan, memang masih banyak lagi dan masih jauh lagi umat Islam kini dari tali Allah. Malah semakin hari, semakin jauh. Golongan agama dilecehkan dikutuk dan dimaki oleh siapa? Saudara seagamanya sendiri. Teringat saya kisah seorang sahabat pabila dia datang ke kelas untuk memberi annoncement' dia dikeji, "Bah, pergilah kau sembahyang sunat 200 rakaat". Hanya kerana pemakaiannya bertudung labuh. Jika ada istilah nazak pada agama, sungguh agama Islam ini telah nazak pada pendapat saya. Dan pada agenda barat , sungguh anda telah berjaya dan tahniah! Tetapi umat Islam juga yang akan menang di akhirnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...